Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Telaga Ha'

Tuesday, March 29, 2022

Lokasi: Pintu 21 Masjid Nabawi rak kasut 1241-1242

Catatan ke (25)

Telaga ini milik Sayyidina Abu Talhah رضي الله عنه. Kebunnya sangat hampir dengan masjid baginda. Diriwayatkan dalam Sahih Bukhari bahawa Abu Talhah telah menginfaqkan telaga ini sebaik sahaja dia mendengar firman Allah

{ لَن تَنَالُوا۟ ٱلۡبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُوا۟ مِمَّا تُحِبُّونَۚ وَمَا تُنفِقُوا۟ مِن شَیۡءࣲ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِیمࣱ }

[Surah Âl-`Imrân: 92]

Kebun itu mempunyai telaga yang sangat baik airnya.

Baginda Rasulullah ﷺ kerap berehat di kebun itu.

Suatu hari ketika beliau sedang menunaikan solat sunat di kebunnya, Abu Talhah terlihat seekor burung berterbangan dari dahan ke dahan pohon kurma. Keasyikan melihat burung yang cantik itu menyebabkan beliau terlupa rakaat solatnya.

Disebabkan tidak mahu terganggu khusyuk beribadah kepada Allah SWT, beliau menghadiahkan kebun itu di jalan Allah. Sesudah solat, Abu Talhah terus bertemu Rasulullah ﷺ dan berkata: “Ya Rasulullah, kebunku ini aku hadiahkan fi sabilillah.”

Wallahualam

Abu Abbas Muhammad Shahir 

Sumber catatan: https://www.facebook.com/100000361789406/posts/5097836683571674/

No comments:

Post a Comment