Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Bab melintasi depan orang solat

Thursday, March 31, 2022

Pengajian kami kitab Umdatul Ahkam di Masjid Nabawi memasuki Bab melintasi depan orang Solat..kata Syeikh kami ramai orang yg masih tak faham hukum melintas depan orang solat bahkan ada Ulama mengatakan Dosa Besar..

Dalam kitab Imam ibnu Daqiq rah. menyatakan Hukum Melintas depan orang Solat ni ada 4:

1_orang yg sdg solat tak sengaja solat di tempat laluan orang dan orang yg lalu tu sudah tidak ada laluan lain (keduanya tidak berdosa)

2_orang yg sdg solat sengaja solat di tempat laluan orang dan yg lalu tu pulak masih ada tempat lain boleh lalu tp sengaja nak lalu depan orang solat  (keduanya Berdosa)

3_orang Solat sudah berusaha mencari tempat yg orang tak lintas tp ada orang sengaja lintas depan orang solat tu padahal ada laluan lain.. (orang yg lintas itu sahaja BerDosa)

4_Orang yg solat itu solat di tempat orang lalu padahal ada ruang atau kawasan lain yg orang tak lalu tapi dia tak berusaha mencari tempat orang tak lalu..dan orang yg lalu pulak memang terpaksa lalu di situ.. (orang yg bersolat itu sahaja berdosa)

maka sangat penting kita letak sutrah(penghadang) di depan kita ketika kita Solat..ianya Sunnah Baginda Saw dan sunnat muakkadah..masyAllah pentingnya belajar Agama..Harta pusaka Baginda Saw iaitu ilmu Agama sedang di bahagi-bahagikan di Masjid Nabawi..Semoga ALLAH memberikan kita Faham Agama..beri kekuatan pada kita untuk Amalkan Agama dan beri hidayat kepada kita untuk menyebar menyampai memDakwahkan Agama ini ke seluruh Alam...semoga menjadi asbab hidayat dan kebaikan untuk seluruh Umat...Amin...

us khann Daie

Madinah Munawwarah

Kota Baginda Saw

No comments:

Post a Comment