Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Puasa Rejab : Ibadah yang digalakkan

Thursday, February 3, 2022

Ulang kaji.

Sultan Ulama Izzudin bin Abdul Salam (m. 660 H) dan al-Hafiz Ibn al-Salah (m. 643 H) sepakat berfatwa bahawa berpuasa pada bulan Rajab adalah ibadah yang digalakkan. Melarang puasa Rajab adalah tindakan yang tidak tepat. Kedua-duanya adalah antara ulama fiqh dan hadith terbesar di zamannya.

Ibn al-Salah dalam Fatawa berkata: "Memang tiada hadith khas yang menetapkan kelebihan puasa Rajab. Akan tetapi, perkara ini tidak boleh menjadi alasan untuk meninggalkan puasa tersebut kerana masih banyak hadith yang menggalakkan puasa secara mutlak. Hadith Abu Dawud dan lain-lain yang menggalakan puasa pada bulan2 haram cukup untuk menggalakkan perkara ini."

Ibn 'Abd Salam berkata: "Kalangan ahli hadith yang menghalang berpuasa pada bulan Rajab adalah jahil. Tidak halal mentaqlid pandangannya."

Perkara yang sama turut ditegaskan Ibn Hajar al-Haytami (m. 974 H) dalam al-Fatawa al-Fiqhiyyah (3:53). Beliau menghukum jahil seorang ulama di zamannya yang melarang puasa Rajab. 

Beliau berkata:

وأما استمرار هذا الفقيه على نهي الناس عن صوم رجب فهو جهل منه وجزاف على هذه الشريعة المطهرة فإن لم يرجع عن ذلك وإلا وجب على حكام الشريعة المطهرة زجره وتعزيره التعزير البليغ المانع له ولأمثاله من المجازفة في دين الله تعالى

"Adapun kedegilan ulama faqih tersebut yang berterusan melarang puasa Rajab, maka ia adalah jahil dan melulu ke atas agama yang suci ini. Sekiranya dia tidak menarik pandangannya, para penguasa wajib melarang dan mentakzirnya dengan keras agar dia dan kalangan yang serupa dengannya tidak lagi melulu dalam berbincang tentang agama Allah."

Ust Dr Umar Muhammad Noor 

No comments:

Post a Comment