"By their activity and predatory genius, the two ablest governors or viceroys of the Portuguese King, Almeida and Albuquerque, seized and made a fine capital of Goa.
But they and their successors were worthy followers of da Gama in cold-blooded cruelty and rapine. Eyes torn out, women's noses cut off, harmless fishermen hanged wholesale..
""The Awakening of Asia", by H.M Hyndman (1919)
________________________________________
Semasa perang salib pada tahun 1099, Baitulmuqaddis ditawan oleh tentera salib dan mengakibatkan 40,000 umat Islam baik lelaki, perempuan dan kanak-kanak dibunuh tanpa belas kasihan hanya dalam tempoh dua hari.
Tetapi pada tahun 1187 bila Salahuddin al-Ayyubi menawannya kembali, beliau tanpa membalas pun kekejaman pihak tentera salib telah lakukan kepada umat Islam. Penghuni Baitulmuqaddis telah dilepaskan manakala orang Nasrani Ortodok pula dibenarkan terus tinggal di sana dan mengamalkan ajaran agama masing-masing.
Perangai jahat tentera salib terus membara di dalam hati puak kafir ini dan ia dapat di lihat Portugis ketika menyerang Goa, India yang diperintah oleh pemerintah Islam, Afonso de Albuquerque bertindak kejam dengan mencungkil mata-mata penduduk Goa, memotong hidung wanitanya dan mengantung orang-orang yang tidak bersalah untuk menimbulkan perasaan takut kepada orang tempatan.
Dendam para kafir itu juga berlaku ketika Melaka diserang oleh Portugis pada tahun 1511 di mana Afonso de Albuquerque memerintahkan semasa serangan ke Kota Melaka, semua lelaki, wanita dan kanak-kanak hendaklah dibunuh.
Dengan menggunakan 1500 hamba kepunyaan Sultan Mahmud Shah yang ditawan, Afonso de Albuquerque mengarahkan hamba-hamba itu digunakan untuk memecahkan batu-batu nisan sultan-sultan terdahulu serta kepunyaan kerabatnya malah binaan masjid turut dihancurkan untuk dibinakan Kota A Farmosa.
Rujukan:
Wan Amir
Malay and Its History, Sir Richard Winstedt (1951).
Sumber https://m.facebook.com/groups/830724801207627/permalink/905500997063340/
No comments:
Post a Comment