“کالاو هندق دليهت ݢونوڠ، مخلوق ڤاليڠ قوات اداله ݢونوڠ”
“تتاڤي، بسي لبيه قوات دري ݢونوڠ، کران بسي ممڤو منمبوسي ݢونوڠ تتاڤي، اڤي لبيه قوات دري بسي، کران اڤي ممڤو ملبورکن بسي تتاڤي، اءير لبيه قوات دري اڤي، کران اءير ممڤو ممادمکن اڤي تتاڤي، اون لبيه قوات دري اءير، کران اون ممڤو ممباوا اءير تتاڤي، اڠين لبيه قوات دري اون، کران اڠين ممڤو ممباوا اون تتاڤي،
اوليه ايت جاڬله ڤراساءن ساودارا کيت اݢر راس ڤراساءن کاسيه سايڠ سسام ساودارا برککلن سهيڠݢ كأخير حياة کران اي اداله چيڤتاءن الله يڠ ڤاليڠ هيبت..
@
SIAPA YANG PALING KUAT DALAM DUNIA?
“Kalau hendak dilihat gunung, makhluk paling kuat adalah gunung”
“Tetapi, besi lebih kuat dari gunung, kerana besi mampu menembusi gunung
Tetapi, api lebih kuat dari besi, kerana api mampu meleburkan besi
Tetapi, air lebih kuat dari api, kerana air mampu memadamkan api
Tetapi, awan lebih kuat dari air, kerana awan mampu membawa air
Tetapi, angin lebih kuat dari awan, kerana angin mampu membawa awan
Tetapi, bangunan lebih kuat dari angin, kerana bangunan mampu menahan angin
Tetapi, akal manusia lebih kuat dari bangunan, kerana akal manusialah yang membina bangunan
Tetapi, mengantuk lebih kuat dari akal, kerana mengantuk mampu melemahkan akal
Tetapi, perasaan gelisah lebih kuat dari mengantuk, kerana perasaan gelisah mampu melawan mengantuk
Sesungguhnya, makhluk yang paling kuat di dunia adalah perasaan manusia”
Oleh itu jagalah perasaan saudara kita agar rasa perasaan kasih sayang sesama saudara berkekalan sehingga keakhir hayat kerana ia adalah ciptaan Allah yang paling hebat..
___________
Anonymous
No comments:
Post a Comment