Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

METODOLOGI BERMAZHAB

Saturday, June 5, 2021

Kita sebagai orang awam, maklum bahawa dalam permasalahan fiqah, berlakunya khilaf dalam kalangan ulama. Khilaf yg berlaku itu mewakili pegangan mazhab masing2. Pegangan mazhab bermaksud, manhaj yg dipegang oleh seseorang mujtahid ketika ia mengistinbatkan hukum hakam. Dari sudut manhaj istinbat, berlaku perbezaan antara mazhab2 menyebabkan mereka berkhilaf dalam permasalahan furu'. Dalam bahasa Melayu kita, khilaf itu bermaksud berbeza pandangan antara ulama dalam beberapa permasalahan furu' fiqah.


Dalam perbahasan fiqah dalam kalangan mujtahid, kita akan dapati kecenderungan mereka dalam memberikan pandangan. Mereka akan berhujah berdasarkan metodologi mazhab mereka, dan menolak pandangan mazhab lain disebabkan metodologi yg digunakan itu. Berdasarkan metodologi mazhab mereka masing2, maka pandangan mazhab lain dikira lemah kerana tidak bersesuaian dgn metodologi yg digunakan dalam mazhab yg dirujuk oleh mereka.


Misalnya mujtahid dalam mazhab Shafi'i, akan mengatakan pandangan dalam mazhab Hanafi lemah misalnya, kerana metodologi yg digunakan dalam mazhab Shafi'i berbeza dgn mazhab Hanafi. Demikian juga menurut mujtahid dalam mazhab Hanafi, pandangan mazhab Shafi'i adalah lemah jika ditinjau dari  sudut metodologi yg digunakan dalam mazhab Hanafi. Lemah atau tidak sesuatu pandangan itu adalah dirujuk kepada metodologi istinbat hukum yg digunakan. Metodologi merangkumi usul, kaedah usul dan kaedah fiqh yg digunakan. Semua itu akan dicerakinkan menjadi satu metodologi dalam mengistinbatkan hukum hakam.


Berdasarkan kepada huraian di atas bermakna para mujtahid tidak taklid buta kepada pandangan Imam mereka dalam mazhab kerana mereka merujuk kepada metodologi mazhab. Sebab itulah kita akan dapati bahawa terdapat pandangan dalam kalangan ulama Shafi'iyyah yg berbeza dgn pandangan Imam Shafi'i sendiri dalam beberapa permasalahan furu', berpunca daripada metodologi istinbat hukum yg digunakan oleh mereka dalam mazhab Shafi'i.


Apabila perkara usul dan furu' dalam mazhab telah kukuh sehingga menjadi satu metodologi yg mampan utk dijadikan piawaian dlm mengistinbatkan hukum hakam oleh para ulama mujtahidin pada generasi dahulu kala, maka para ulama pada generasi seterusnya akan taklid sahaja kepada usul dan furu' itu. Taklid bermaksud tiada ijtihad baru oleh mereka dalam permasalahan usul dan furu' mazhab. Bukannya taklid tanpa ilmu yg didakwa oleh sesetengah pihak dgn kata2 negatif seperti  "zaman jumud", "zaman tertutup pintu ijtihad" dan sebagainya kerana tiada keperluan lagi utk melakukan ijtihad baru dlm bentuk metodologi mengistinbatkan hukum hakam.


Sekiranya mereka ingin berijtihad pun, adalah terhadap permasalahan baru yg tidak terdapat fatwa oleh para ulama sebelum mereka, atau mereka akan menyesuaikan fatwa yg telah sedia ada dgn permasalahan baru, atau bentuk ijtihad popular yg diamalkan kini iaitu ijtihad secara kolektif. Misalnya air paip, boleh atau tidak digunakan utk berwuduk walaupun tidak disebutkan dalam kitab terdahulu, maka permasalahan ini tidak perlu kepada ijtihad baru, kerana air paip boleh dikategorikan sbg air mutlak apabila menepati syarat2 utk dikatakan air mutlak. Atau permasalahan boleh atau tidak menangguhkan solat Jumaat pada masa wabak pandemik sedang merebak dgn begitu meluaskan, maka diijtihadkan secara kolektif oleh para ulama semasa. 


Begitulah metodologi yg dipegang dikukuh dalam kalangan ulama sejak zaman berzaman. Hal ini diteruskan oleh para ulama ASWJ dalam menjaga disiplin ilmu utk berfatwa. Permasalahan khilaf antara mazhab tidak sesuai dibuka kepada orang awam kerana mereka tiada metodologi istinbat hukum utk dirujuk, melainkan diberikan penerangan kepada mereka punca khilaf itu berlaku, serta kita merajihkan pandangan dalam mazhab kita. Perlu diterangkan juga kepada orang awam kenapa dalam permasalahan tertentu, dirujuk juga kepada mazhab lain selain mazhab Shafi'i, maka semestinya dijelaskan kepada mereka bahawa hal ini adalah berkaitan dgn maslahat awam yg mana kadangkala diputuskan oleh jawatankuasa fatwa utk taklid kpd mazhab lain disebabkan ada keperluan di situ utk meraikan kemaslahatan umum. Hal ini juga tidak lari daripada kaedah bermazhab dalam mazhab Shafi'i sendiri yg mana sekiranya dirujuk kepada peraturan fatwa dalam bermazhab seperti yg diterangkan oleh Imam Nawawi dalam karya Majmu'nya, maka beliau turut menyebutkan hal ini. Justeru, ianya turut termasuk dalam kaedah bermazhab.


Oleh yg demikian, kebanyakan negeri di Malaysia menetapkan mazhab Shafi'i sebagai mazhab pegangan negeri kerana merujuk kepada metodologi istinbat hukum yang digunakan dalam mazhab. Sekiranya sesuatu negeri tidak menetapkan pegangan mazhab, maka sukar utk dikenalpasti metodologi yg dipegang ketika berhujah dan mengistinbatkan hukum hakam kerana sudah tentu, kaedah2 antara mazhab2 yg berlainan itu akan bercampur aduk yg boleh memberikan kesukaran dalam berfatwa.


Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment