Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Masjid tutup?

Thursday, January 21, 2021

Soalan

[1/19, 7:13 PM] ahli grup : Syair yang telah ditulis oleh Almarhum Hazrat Sheikhul Hadis Maulana Said Ahmad Khan 

Al-Madani Rahimahullah Ta'ala 30 tahun yang lepas. Beliau seorang Ulama besar Madinah. 

"Kamu tidak akan nampak lagi kesetian dan kejujuran , zaman yang begitu pelik akan datang tidak lama lagi, 

Peliharalah Iman dan Agama kamu, satu zaman yang sangat pelik sedang datang tidak lama lagi... 

Zaman yang memelihara agama telah menjadi lebih susah daripada memelihara nyawa.."

Mungkin zaman yang dimaksudkan itu adalah zaman sekarang , Zaman yang sangat pelik Masjid² ditutup, Orang tidak lagi memenuhi saf² masjid , Orang sudah lupa solat jumaat , Masing-masing merasa ragu dan bertanya, adakah hari ini ada solat jumaat , adakah hari ini masjid dibuka.

Lama kelamaan orang pun meninggalkan solat jumaat , Lama kelamaan orang pun tinggalkan masjid dan surau, Pasar² dipenuhi, Shopping Mall dipenuhi, Pusat riadah dipenuhi, Tempat hiburan dipenuhi, Semua tempat dipenuhi melainkan masjid yang menjadi sunyi sepi... 

Jagalah (Agama dan perintah²) Allah, Nescaya Dia akan menjagamu. Jagalah (Agama dan perintah²) Allah, Nescaya kau dapati Dia di hadapanmu (yakni Allah Akan Membantumu).

Lihatlah apa yang berlaku sekarang , Gunakanlah akal yang Allah kurniakan kepada kita, Ramai orang tidak peduli, Ramai orang tidak endahkan, Ramai orang yang tidak mahu berfikir , Semuanya sibuk dengan Urusan dunia, Semuanya sibuk memikirkan diri sendiri, Tiada lagi yang memikirkan masalah ummah, Tiada lagi yang berfikir cara untuk menyedarkan ummat Rasulullah S.A.W , Tiada lagi yang memperingtkan soal fitnah Dajjal. 

Para agamawan sibuk mendampingi penguasa , Para agamawan sibuk mencari popularity , Para Agamawan sibuk berbalah dan berdebat, Para Agamawan sibuk mengejar kehidupan mewah dan kesenangan dunia. Mereka tidak lagi endahkan ummah, Mereka tidak lagi risau dengan apa yang terjadi...

Mereka bermusyawarah dan mengeluarkan fatwa mengikut kehendak penguasa, Mereka mencari dalil untuk membenarkan yang haram, Mereka meyakinkan orang ramai agar ikut terjun ke lembah kemurkaan Allah, Mereka meyakinkan orang ramai agar percaya kepada yahudi nasrani...Mereka meyakinkan bahwa penjarakkan saf itu dibenarkan agama. 

Kita marah orang kafir yang meruntuhkan masjid Tapi kita tidak marah kepada diri kita yang mengosongkan masjid. Rasulullah S.A.W dan para sahabat memenuhi masjid ketika berlakunya musibah tapi kita hari ini menjauhi masjid... 

Inilah dia zaman yang pelik , Zaman yang membuat ummat islam meninggalkan sunnah Rasulullah S.A.W , Zaman yang telah dinyatakan Rasulullah S.A.W sebagai zaman yang ummatnya seperti buih dilautan, Zaman yang sukar berpegang kepada sunnah, Orang ramai mula terjun ke lubang biawak mengikut ulama yang menyesatkan.... 

Sangat menakutkan....


Jawapan

[1/20, 3:24 PM] Padu Ummah Din Ahmed: Saya pernah tanya Guru ,

Bagaimana pusat shoping boleh buka sedangkan Masjid di hadkan solat jumaat? 

Kata Guru : 

Supaya tiada terjadi fitnah pada Agama. 

Apa pandangan Manusia jika virus ini tersebar kerana ibadat umat islam ? 

Pastinya buruk nya islam di mata manusia. 

Dua masjid suci umat Islam, Masjidil Haram Di mekkah dan Masjid Nabawi di Madinah pun di tutup sementara. 

Pernah tak dengar ulamak Mekkah dan mandinah bantah ? 

tidak kan kerana mereka Faqih dan alim. 

Daripada kita sibuk bertanya lebih baik masa itu di gunakan untuk berdoa supaya kita boleh kembali beribadat di rumah Allah..

Maka terjawab la segala kebuntuan saya. 

pusat shoping, kedai makan, bank dan lain2 tiada kepentingan untuk Nama nya di jaga. 

Tapi AGAMA perlu di jaga sebaik2 nya. 

Patut la jarang jarang dengar alim ulamak yang ada di malaysia ni bersuara , rupanya mereka tahu apa yg kita tidak tahu. 

Mereka berfikir jauh kehadapan sedangkan kita fikir apa yg di depan.

Kita pakat jaga solat berjemaah bersama keluarga ..

Terima Kasih Guru ku...

# Bertaubatlah org yang hina Dan kutuk para ulama, Tuan Guru dan ustaz... Semoga  diberi hidayah Allah Taala...

1 comment:

  1. Bermula usaha dakwah oleh Maulana Ilyas Kandhahlawi Rahmatullahi Alaih adalah bila beliau lihat masjid di tempat beliau kosong, maka beliau keluar berjalan kaki pergi mencari orang.

    Beliau jumpa pekerja pekerja buruh yang sedang mencari kerja, dan beliau ajak mereka ke masjid dan janji bayar gaji penuh kepada mereka, dan ajar mereka wudhu dan solat.

    Hari ini masjid masjid jika kosong, kita sepatutnya buat apa? Bukan sekadar mengejek mereka yang meminta masjid surau di buka, tetapi tepuk dada tanya iman kita, apakah kita telah berusaha seperti ini.

    Muhamad Ilyas Mohd Mydin

    ReplyDelete