Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

BAYI TERTUKAR

Saturday, January 23, 2021

Al-Quran merungkai masalah dan menjawab isunya. 

Dua orang ibu di USA melahirkan anak pada waktu yang sama; seorang melahirkan anak laki-laki dan yang seorang lagi melahirkan anak perempuan.

Disebabkan kesilapan manusia, mereka tidak tahu siapakah yang melahirkan bayi laki-laki, dan siapa pula yang melahirkan bayi perempuan.

Maka dilakukanlah semakan darah untuk menentukan DNA, ternyata hasilnya begitu hampir (antara kedua-dua ibu tadi).

Hal ini membuat para doktor bingung, sedangkan kedua-dua ibu tadi mengakui  merekalah yang melahirkan bayi laki-laki. Doktor yang terlibat memberitahu hal ini pada pihak yang bertanggungjawab di hospital itu.

Sesampainya berita itu pada pihak yang bertanggungjawab, mereka langsung mengatakan:

"Tidak ada yang boleh memecahkan masalah ini kecuali hanya orang Islam."

Akhirnya mereka menghubungi salah seorang ikhwah (saudara muslim) di Arab Saudi, maka terjadilah dialog seperti ini:

USA:  "Bukankah anda mengatakan bahwa setiap masalah ada jalan keluarnya (di dalam Al-Quran)?"

Muslim:  "Benar."

Maka dikisahkanlah kepada muslim tersebut tentang apa yang terjadi. 

Kemudian muslim tadi berkata: "Jalan keluarnya sangat mudah, ambilah beberapa titis air susu daripada kedua-dua ibu tersebut. Maka susu yang paling banyak mengandung nutrisi, itulah ibu yang melahirkan bayi laki-laki, manakala susu yang mengandung kurang nutrisi, maka dialah ibu yang melahirkan bayi perempuan."

Maka, para doktor pun mengambil sampel susu daripada kedua-dua ibu tersebut dan  melakukan uji kaji.

Benarlah, ternyata mereka mendapat perbezaan, dan akhirnya tahulah mereka siapakah ibu yang melahirkan bayi laki-laki, dan siapa pula  ibu yang melahirkan bayi perempuan.

Hal ini sesuai dengan firman Allah s.w t.:

يُوْصِيْكُمُ اللّٰهُ فِيْۤ اَوْلَادِكُمْ لِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ الْاُنْثَيَيْنِ  ۚ ...

"Allah mewasiatkan atau menitahkan padamu mengenai anak-anakmu iaitu; bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan ..." (Quran, surah An-Nisa': 11)

Masya Allah! Peristiwa ini juga memastikan bahawa sejak dalam kandungan lagi, laki-laki dan perempuan itu berbeza dalam substansi nutrisinya, kerana jumlahnya di dalam air susu ibu dengan jumlahan nisbah 2:1 iaitu 2 untuk lelaki dan 1 untuk perempuan.

Ini adalah antara bukti kebenaran Al-Quran. 

Maha Benar Allah dengan segala firmanNya.

No comments:

Post a Comment