Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Kemuliaan Bulan Muharram

Thursday, August 13, 2020

 💢 *#Kemuliaan.. #Bulan.. #Muharram..* ⁉️


 *1 Muharam 1442* 

 ```Bersamaan dgn Hari Khamis``` 

 *20 Ogos 2020* 


Perlu di ketahui saat ini kita masih berada di dalam Bulan Zulhijjah yg merupakan Bulan Terakhir Bahkan penghujung bagi Tahun 1441..kita bakal meninggalkan tahun 1441 yg penuh dgn kenangan ini..


Bertaubatlah bersungguh-sungguh atas dosa dan salah silap kita sepanjang tahun 1441 yg bakal berlalu pergi yg tidak akan kembali lagi selamanya meninggalkan kita, agar kita memasuki tahun baru dgn tidak membawa dosa dan sifat juga amal buruk kita sedikitpun... 


Ramai juga yg di uji di dalam Tahun 1441 ini dgn berbagai ujian dan pergi nya orang yg tersayang buat selamanya yg senyuman mereka masih terbayang di mata kita.. Semoga Allah menerima segala amalan kita sepanjang tahun 1441 ini.. Amin.. 


InsyAllah kita akan memasuki bulan muharam yg merupakan Tahun Baru Hijrah 1442 dgn membawa azam dan niat yg baru untuk semakin dekat dgn Allah..


Antaranya berazam lah untuk datang masjid paling awal dan pulang paling lewat sebagai langkah untuk perubahan dalam tahun baru insyAllah.. 


Bulan Muharam termasuk di dalam Bulan² Haram yg di Muliakan Allah.. ianya sangat dihormati sehingga di haramkan perang dan dari sudut amalan soleh di dalamnya menjadi besar ganjarannya manakala dosa dan maksiat juga turut menjadi lebih besar kerana berada di dalam bulan² haram.. 


Sayyidina Rasulullah Saw memberikan penjelasan berkenaan dengan empat bulan haram tersebut dengan sabda Baginda Saw:


"Dalam setahun itu ada dua belas bulan dan di antaranya adalah empat bulan haram. Tiga bulan yang berturut-turut iaitu *Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharram* serta bulan *Rejab* yang berada di antara Jamadil Akhir dan juga Syaaban.


(Riwayat Bukhari:184)


Daripada Hazrat Abu Hurairah R. A, Beliau berkata bahawa Rasulullah Saw bersabda:


" Seafdhal-afdhal puasa setelah bulan Ramadhan adalah berpuasa pada Bulan Allah - Muharram dan sesungguhnya solat yang paling afdhal setelah solat fardhu adalah solat malam - Qiyamullail


(Riwayat Abu Daud :2429)


Satu ketika, seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah Saw tentang bulan apakah yang Rasulullah Saw perintahkan untuk dirinya berpuasa setelah bulan Ramadhan ? Maka jawab Baginda Saw :


" Sekiranya kamu hendak berpuasa setelah bulan Ramadhan maka berpuasalah kamu pada Bulan Muharram kerana sesungguhnya ia adalah Bulan Allah


(Riwayat Tirmizi:741)


Subhanallah.. Bulan Muharram disebut sebagai Bulan Allah yang tidak disebut pada bulan yg lain.ini sebuah kemuliaan yg sgt Besar.. 


Perlu kita tahu, jika sesuatu perkara itu disandarkan kepada Allah, maka ianya menjadi suatu yang sgt Mulia contohnya seperti Abdullah,Habibullah, Khalilullah, Rasulullah, Baitullah dan seumpamanya.


Bulan Muharram merupakan Pembuka Bagi Tahun Baru bahkan ianya berada pada Bulan² Haram yg di Muliakan Allah.. Bahkan Bulan Muharram adalah bulan paling Afdhal untuk berpuasa sunat setelah bulan Ramadhan.


PerBanyakkanlah Amal Kebaikan.. Akhirilah Tahun 1441 dan Mulakanlah Tahun Baru 1442 dgn Amal Dakwah Taklim Ibadah dan Khidmat juga sifat dan akhlak yg baik insyAllah.. Sgt beruntung mereka yg berada di Jalan Allah saat menutup tirai tahun 1441 dan melangkah memasuki tahun 1442..


Ada Galakkan memperbanyakkan Zikir menyebut Nama Allah pada hari² yg Mulia lebih lg di dalam Bulan Haram,

Firman Allah SWT berikut menjadi dalil kepadanya :


وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّـهِ فِي أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ


 " Dan supaya menyebut Nam Allah pada hari-hari yang dimaklumi."


(Ayat 28:Surah Al-Hajj)


Mohon sebarkan seluas-luasnya.. Agar tidak ada seorang pun terlepas dari mendapat kebaikan hari yg mulia ini.. Semoga Allah terima kita semua menjadi asbab Hidayat dan menafaat kebaikan untuk seluruh umat.. Amin.. 


Us khann Daie 

Muhajir Madani

No comments:

Post a Comment