Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Poligami

Sunday, April 26, 2020

Terdapat banyak isu yang boleh disenaraikan apabila seseorang itu berpoligami. Walaubagaimanapun, poligami pada hari ini telah ditutupi kebaikannya dengan dakyah atau tomahan daripada fahaman songsang yang berpaksikan kepada pendidikan barat yang mengharamkan poligami dalam kehidupan.

Sumber >

13 comments:

  1. Nak Tambah Isteri? Kaum Lelaki Harus Baca Dulu Komen Padu Wanita Ini Mengenai Poligami, https://ohbulan.com/nak-tambah-isteri-kaum-lelaki-harus-baca-dulu-komen-padu-wanita-ini-mengenai-poligami

    ReplyDelete
  2. Kenapa lelaki sanggup ceraikan isteri pertama yang cantik dan kahwin dengan isteri baru yang kurang cantik...!!!!!!!!
    ===========================================
    Isteri cantik pun kena cerai? (Kenapa lelaki sanggup ceraikan isteri pertama yang cantik dan kahwin dengan isteri baru yang kurang cantik..soalan yang tak sabar aku nak jawab)
    Soalan pembaca:
    Salam,
    Terima kasih kerana masih ada lelaki seperti saudara yang menulis blog kereta mayat yang banyak membari nasihat membina disamping buat saye tergelak. Malam ini tiba tiba ada kemuskilan di hati saya yang membuat saye tergerak hati untuk meminta sedikit pandangan dari encik Hamka.
    Soalan saya, kenapa ada suami yang sanggup ceraikan isteri yang cantik, dan kahwin dengan perempuan yang kurang cantik, sebagai contoh pelakon Awiie, bini bukan main cantik, tapi cerai dan kahwin dengan bini baru yang kurang cantik, sama jugak macam pengacara AC mizall, bini pramugari, tapi cerai dan kahwin dengan bini baru yang kurang cantik, terbaru, Ustaz Akhilahai, tinggalkan bini cantik, dan kahwin dengan wahida wassini yang kurang cantik dari bini pertama, soalan saya, bukankah lelaki memilih kecantikan?, tapi kenapa ada suami yang cerai isteri cantik dan kahwin dengan perempuan yang kurang cantik.
    Nampaknya, teori mengatakan lelaki memilih perempuan cantik tidak benar, dan apa pendapat Encik Hamka tentang perkara ini, wah, rasa bangga gila dapat tanya soalan kepada Encik Hamka.
    ******
    Hamka keretamayat jawab:
    Banyak soalan yang belum aku jawab, tapi soalan ini buat aku tak sabar nak jawab, ha ha ha!
    Kenapa lelaki sanggup ceraikan isteri pertama yang cantik dan kahwin dengan isteri baru yang kurang cantik? Hmmmmm...
    Aku tak tahu apa masalah Awie, AC mizal atau Ustaz-Akhilehay bercerai dengan bini pertama yang cantik dan berkahwin dengan bini baru yang cantik jugak, tapi tidaklah secantik yang pertama, aku tak tahu, sebab artis bila di tanya kenapa bercerai? Jawapan mereka: “sudah tiada jodoh”
    Sungguh betul jawapan mereka dan tak perlu kita nak korek lebih lebih.
    Tutup aib orang tu adalah sifat orang islam yang bertakwa. Amin.
    Baik, balik pada topik, dulu.., aku sebagai lelaki, juga jenis pantang bila terpandang wanita cantik, tapi lepas aku dah kahwin, dan bila aku dapati ramai jugak member aku yang bukan artis tapi kahwin bini lawa macam artis dan akhirnya bercerai macam artis dan kahwin dengan bini baru yang kurang cantik macam bini artis yang bercerai tu dan bila di tanya kenapa bercerai pada kawan aku yang bukan artis tapi jawab macam artis, iaitu sudah tiada jodoh dan mahu bini baru yang beriman sambil menjawab macam artis.. (aku sudah lost di sini-okey?)
    Kat mana tadi?
    Sambungan >>>

    ReplyDelete
    Replies
    1. >>> Sambungan
      Baik, dulu aku juga jenis pantang bila terpandang wanita cantik, tapi lepas aku dah kahwin, dan bila aku dapati ramai jugak member aku yang kahwin bini lawa tapi bercerai, dan kahwin bini baru yang kurang cantik, dan sebab mereka member aku, maka aku telah tanya secara serkap jarang dan bahang gambang, akhirnya aku dapat kesimpulan kenapa mereka bercerai walaupun bini lawa dan bila dikaitkan dengan Hadith Nabi, maka bertambah yakinlah aku akan kebenaran hakikat ini.
      Dengar sini wahai semua bini orang yang cantik atau perasan cantik!
      Terdapat dua perkara yang sangat penting dalam rumah tangga yang sering di anggap remeh oleh orang perempuan tapi sangat besar di sisi lelaki.
      Pertama: Sila teman suami waktu makan. Tolong!!!!!!!!!!!
      Kedua: Jika menolak untuk bersetubuh, atas sebab yang patut, jangan lupa qadha(ganti balik) seberapa segara yang boleh. Tolong!!!!!!!!!!!!!!
      Bab makan ni, ramai perempuan bagus bab masak, beli barang basah, potong sana, rebus sini, goreng sinun, lalu hidang atas meja.
      Tapi bila suami mahu makan, isteri boleh pula buat kerja lain seperti tengok TV, menjahit, jaga anak, kemas rumah atau tidur dengan alasan, saya sudah siapkan semua hidangan, tapi selera makan pula tiada, jadi saya mahu berehat sekejap. Apa ke jadah?!
      Lalu makanlah suami korang seorang diri bersama syaitan yang akan menghasut suami korang dengan pelbagai perkara durjana.
      Nampak remeh, tapi hakikatnya, perkara ini adalah sangat BAHAYA!
      Membiarkan suami makan seorang diri adalah kesalahan yang sangat besar dalam dunia rumah tangga. Sangat besar!!
      Aku dah rujuk kepada 5 pasangan yang bercerai, , setelah aku selidik, hmmm, terdedahlah kesilapan bini lawa selama ini adalah: selalu biarkan suami makan seorang diri bersama syaitan, nampak remeh, tapi suami yang makan sendirian bersama syaitan akan lebih mudah menceraikan isteri berbanding suami yang selalu di teman isteri.
      Puan Puan sekalian, kewajipan isteri bukan memasak, anda boleh beli makanan di kedai, dan itu tidak menjadi kesalahan, tapi, jika tidak menemani suami makan, adalah satu kesalahan dan akibatnya, suami anda akan mudah bergaduh dengan anda, dan bercerai-naduzubillah.
      Layan suami makan, ada di sebut dalam hadith, dan menurut Buznama lagi, makan seorang diri akan ditemani syaitan, kerana itu para nabi menggalakkan makan secara berjemaah, jadi jangan biarkan suami korang makan seorang diri bersama syaitan, jika tak nak syaiitan hasut suami korang ceraikan korang talak lapan...jangan!
      Korang bini orang semua ni masih ingat lagi tak?, perkara membiarkan suami makan bersama syaitan ini tidak berlaku di awal perkahwinan, suamipun senyum memanjang kerana tiap kali waktu makan, isteri setia meneman, tapi bila isteri sudah beranak, waktu makan sudah tiada isteri mahu meneman, kerana isteri sibuk uruskan anak, makan bersama anak, tidur bersama anak, lalu tinggalah suami mengunyah nasi yang bertambah masin kerana bercampur air mata dan air kecing syaitan!
      Apa lagi nak di kata?
      Sambungan >>>

      Delete
    2. >>> Sambungan
      Aku ada kenal seorang pakcik yang mana bininya huduh, mulut leser, perangai boleh tahan cerewetnya, tapi Pak cik tu bertahan hidup dengannya sampailah bini beliau meninggal awal tahun lepas, selepas di korek rahsia kenapa bertahan hidup dengan isteri yang mulut macam puaka tu?, jawab bekas suaminya, isteriku tidak pernah membiarkan aku makan seorang diri, sekiranya beliau tiada selera, beliau tetap duduk bersama menemani aku makan sampai habis. Wanita begini, tidak akan aku tinggalkan seumur hidup.
      Dengar tu wahai semua bini orang yang perasan cantik sekalian.
      Ini adalah serius, wahai semua isteri diluar sana, tolonglah menemani suamimu makan, berbicaralah apa apa isu di waktu makan, bagus jika bercerita tentang ugama, tapi jika lemah iman, boleh juga bercerita tentang perkara dalam kain, dan jika tiada selera, jamahlah jua sesuap nasi, membiarkan suami makan seorang diri, membuka jalan untuk suami mencari teman di luar, dan akibatnya, rumah tangga menjadi bergelora.
      Tolong jangan biarkan suami makan bersama syaitan jika tidak mahu rumah tangga di kacau syaitan.
      Baik, itu bab teman makan, sekarang bab teman tidur.
      Menolak ajakan bersetubuh, dan suami diam sahaja, mungkin orang perempuan sangka suami tidak apa apa, tapi hakikatnya suami mengalami kecederaan dalaman, lalu air naik kepala dan meleleh ke telinga.
      Benda ni bahaya, jangan terlalu kerap menolak ajakan bersetubuh dari suami. Terdapat hadith yang mengatakan Malaikat akan melaknat sampai ke subuh jika menolak bersetubuh, satu hadith lagi, jika suami ajak bersetubuh atas jubor unta, pun tak boleh tolak.
      Argh, tak perlu aku cerita panjang lebar bab ni, semua faham sudah tentang betapa pentingnya kepuasan seks dalam keharmonian rumah tangga.
      Nasihat aku, jika suami ajak bersetubuh, dan andai kata puan puan terpaksa menolak di atas sebab yang patut, seperti deman, pening kepala, atau lain lain, tapi jangan lupa qadha balik seberapa segera bila sudah pulih dari semua itu, kalau boleh lafazkan dengan kata-kata:
      “Bang, semalam maaf sangat sebab kepala pening, sekarang sudah sihat, jom qadha bersetubuh!”
      InsyAllah, isteri yang berbuat demikian, suami akan fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai.
      Cukup sampai situ, naik syeikh pulak nanti orang yang belum kahwin baca bab ni,
      Sebagai penutup, ingat pantun penuh falsafah dari Hamka keretamayat ini baik baik:
      “Apa guna berbini cantik,
      Bila makan tidak meneman,
      Apa guna isteri romantik
      Jika selalu mengelak di ranjang”
      Woha!
      Ps: InsyAllah, isteri yang melayan suami makan dan tidur dengan baik, suami akan fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai.
      InsyAllah. Semoga bini aku dan semua bini orang dapat amal apa yang aku sampaikan. Chow!
      Cantik ke tak cantik ke.. fikir-fikir lah sendiri…
      Renung-renungkan dan selamat beramal…

      Delete
  3. 2 NASIHAT BAGI PARA SUAMI

    Nasihat dari al-Habib Anis bin Alwiy al-Habsyi Solo kepada al-Habib Husin Nabil disaat menikahnya:

    1. Jangan kau puji istrimu di depan ibumu, itu akan mengakibatkan permusuhan antara ibumu dan istrimu. Tetapi pujilah ibumu di depan istrimu, maka itu akan merekatkan hubungan antara
    ibumu dengan istrimu.

    2. Jangan kau bercerita memuji
    anakmu kepada orang lain, tapi simpanlah kelebihan anakmu untuk dirimu. Sebab orang lain hanya suka mendengarkan pujian bagi anaknya, bukan anakmu.

    ReplyDelete
  4. HUKUM MENGUMPULKAN ISTERI-ISTERI DALAM SATU BILIK DENGAN REDA KEDUANYA, https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1836-al-kafi-467-hukum-mengumpulkan-isteri-isteri-dalam-satu-bilik-dengan-reda-keduanya

    ReplyDelete
  5. http://astro-ria.blogspot.com/2015/06/hukum-meminum-air-mani-suami.html?m=1

    ReplyDelete
  6. http://astro-ria.blogspot.com/p/soalan-apakah-hukum-seseorang-suami.html?m=1

    ReplyDelete
  7. http://astro-ria.blogspot.com/p/hukum-suami-menjilat-faraj-isteri-yang.html?m=1

    ReplyDelete
  8. https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2673-al-kafi-849-antara-adab-berasmara-suami-isteri

    ReplyDelete
  9. http://insanbiasayglemah.blogspot.com/2012/05/adab-berjimak.html?m=1

    ReplyDelete
  10. HAKIKAT POLIGAMI YANG DISEMBUNYIKAN

    1. Ramai orang menuduh bahawa poligami itu merampas suami orang. Jawapan Akak...
    SALAH!

    HAKIKATNYA:
    Poligami itu memiliki suami secara bersama-sama yg sah menurut syariat agama. Jika merampas maknanya isteri pertama tidak ada hak lagi seolah2 dicerai. Jika begitu, tidak terjadilah poligami tetapi monogami.

    .

    2. Ramai orang mempertahankan bahawa poligami itu mesti diizinkan oleh isteri tua.
    SALAH!

    HAKIKATNYA:
    Poligami itu tidak perlu minta izin kepada isteri.

    Ketika Rasulullah menikahi wanita Yahudi cantik bernama Shafiyyah binti Al-Akhtab, Rasulullah memberitahu Aisyah bahawa beliau menikah dengan Shafiyyah. Ini membuat Aisyah cemburu sekali dan mengatakan, "Dia seorang wanita Yahudi." Dan dijawab oleh Rasulullah, "Janganlah engkau berkata seperti itu kerana dia telah masuk Islam dan baik pula keIslamannya."

    3. Ramai orang menyangka bahawa poligami berdosa karena menyakiti perasaan wanita (membuatnya cemburu).
    SALAH!

    HAKIKATNYA:
    Poligami itu suami menggunakan haknya, cuma terkadang isteri iri hati (bukan salah orang yang menggunakan hak tetapi salah orang yang iri hati). Cemburu wujud sebagai tanda cinta isteri kepada suami bukan kerana perlakuan suami menyakiti hati isteri.

    Poligami menguji keikhlasan dan keredhaan wanita terhadap ketentuan Allah. Semakin ikhlas pasti semakin banyak pahala. Semakin tidak ikhlas apatah lagi diwujudkan dalam bentuk kemarahan dan perbuatan protes, maka semakin bertambah dosa.

    Tentang masalah cemburu, isteri-isteri Rasulullah dan isteri-isteri Sahabat Rasulullah yang berpoligami juga cemburu antara satu sama lain. Akan tetapi, ini tidak bermakna Rasulullah dan para sahabat menyakiti perasaan isteri-isterinya. Kalau diertikan bahawa cemburu itu menyakiti perasaan isteri, maka tidak mungkin Rasulullah dan para sahabatnya dijamin masuk syurga oleh Allah.

    4. Ramai orang yang mendakwa bahawa orang yang berpoligami zaman sekarang tidak mampu berlaku adil seperti zaman Nabi.
    SALAH!

    HAKIKATNYA:
    Berlaku adil itu boleh dilakukan oleh sesiapa pun, bila dan di mana sahaja tidak dibatasi oleh zaman. Jika umat Nabi Muhammad tidak boleh berlaku adil dalam poligami, maka poligami akan dilarang secara mutlak. Hukum Islam dan Al-Quran sesuai sepanjang zaman termasuk ayat dibenarkan poligami.

    Sambungan >>>

    ReplyDelete
    Replies
    1. >>> Sambungan

      5. Ramai orang yang berpendapat bahawa isteri pertama mestilah mendapat layanan istimewa berbanding isteri kedua, ketiga atau keempat.
      SALAH!

      HAKIKATNYA:
      Perbuatan seperti itu adalah adat orang zaman Jahiliyyah. Setelah Islam datang, maka semua adat itu diubah oleh Islam. Setelah sah secara syariat menjadi isteri, maka semua isteri (1, 2, 3 & 4) mempunyai kedudukan, hak dan kewajipan yang sama terhadap suami.

      6. Ramai orang mendakwa poligami mengambil hak isteri tua. SALAH!

      HAKIKATNYA:
      Dalam poligami, suami mengambil dan menggunakan kuota serta haknya sendiri. Isteri kedua, ketiga dan keempat juga menggunakan haknya sendiri juga. Isteri pertama, isteri kedua, ketiga atau keempat jika menghalang dan mencegah suami menunaikan hak kepada isteri lain, itulah orang yang menghalangi hak 4 orang dan sebaliknya.

      7. Ramai orang menuduh bahawa zaman sekarang poligami hanya menuruti hawa nafsu.
      SALAH!

      HAKIKATNYA:
      Poligami itu mengawal hawa nafsu daripada perbuatan haram, tercela dan berdosa agar menjadi perbuatan halal, terpuji dan berpahala.

      8. Ramai orang menyindir bahawa kalau mahu berpoligami mengikut sunnah Nabi, carilah wanita janda yang tidak laku. SALAH!

      HAKIKATNYA:
      Untuk menikah, Rasulullah tidak menganjurkan memilih janda, bahkan menganjurkan memilih gadis dahulu atau janda/balu yang sesuai dengan selera sehingga dibenarkan melihat calon isteri terlebih dulu.

      9. Ramai orang menyangka bahawa poligami hanya membawa banyak masalah.
      SALAH!

      HAKIKATNYA:
      Poligami mengatasi masalah suami agar lebih terjaga pandangan dan mengawal nafsu. Selain itu, ia membantu masalah wanita yang memerlukan perhatian, pengawasan, bimbingan pendidikan, nafkah dan perlindungan. Poligami juga solusi apabila ramainya para janda dan balu serta 'andalusia' kesepian.

      Sekadar pengetahuan, bkn untuk dibahaskan agar dikongsi sesama rakan. Semoga ada kebaikan bagi yg ada kemampuan dan dipilih Tuhan untuk menabur bakti.

      C&P

      #poligami
      #poligamiituindah
      #poligamiitumudah
      #poligamiitubahagiaJikaAdil

      Kredit: Afiq Masri

      Delete