Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

NIKAH ONLINE

Wednesday, April 22, 2020

Berikut adalah potongan video pencerahan sedikit oleh Syeikh Abu Faqeh Ahmad Lutfi Muharram (Personaliti radio IKIM - Slot Tahsinul Ibadah) dalam satu muzakarah 'daurah bab zakat'...

Dalam setiap amalan fekah ada rukun² yg perlu di ambil kira dan di raikan syarat² agar bertepatan dgn syariat, termasuk dalam bab nikah terdapat rukun² yg perlu di titik beratkan...

Salah satu syarat penting adalah SAKSI... Kerana SAKSI perlu melihat kepada kedua-dua yg melafazkan akad secara hadhir bukan alam maya...

Dengan isu nikah online yg tersebar baru² ini sebenarnya untuk mengelakkan perdebatan banyak andaian yg boleh di buat agar majlis nikah seperti yg dipaparkan itu berjalan sesuai dengan kehendak syarak...

Antaranya: Bapa pengantin perempuan sudah mewakilkan mana² juru nikah yg berdekatan bersama saksi² yg berdekatan (jiran mungkin) dengan pengantin lelaki, dan ketika majlis akad dibuat semua juru nikah dan saksi² yg telah diwakilkan oleh pihak keluarga mempelai wanita itu ada dalam majlis akad bersama pihak lelaki, video online yg dibuat hanya untuk keluarga perempuan lihat keadaan majlis nya berjalan...
Dan boleh jadi bentuk² andaian yg lain...
Yg sebenarnya hanya Allah yg tahu...

Ingat lah kite bahawa 'AGAMA ITU MUDAH DAN BUKAN DIPERMUDAHKAN'...

Hanya dengan gambar yg dipaparkan beserta caption 'nikah online' yg sedang tular dapat disimpulkan macam² andaian... elakkan berdebatan...

Pendapat yg diguna pakai oleh kami jika nikah itu tidak menempatkan dua org yg berakad itu beserta saksi dalam satu majlis dan hanya berpada pada online / live maka ianya tidak sah...
Wallahu a'lam...

*Versi tulisan ini telah di edit bersesuaian permintaan

Sumber >

Beberapa ulasan di ruangan komen.

7 comments:

  1. FATWA NIKAH ONLINE DARIPADA GURU KAMI Al FAQIH AL USULI MAULANA SYEIKH SAYYID SYALTUT AL HASANI AS-SYAFIE AL AZHARI(AHLI MAJLIS FATWA DARUL IFTA MESIR)

    GURU KAMI MAULANA SYEIKH SAYYID SYALTUT AS-SYAFIE (Ahli Majlis Fatwa Darul ifta Mesir):"Tidak Sah Nikah online kerana tidak berkumpul wali,saksi,suami dan isteri didalam satu tempat yang sama kemudian akan berlaku ihtimal(kemungkinan) yang banyak contohnya terputus,tidak sempurna pendengaran,tidak sempurna penyaksian sighah akad dan sebagainya.Dalam isu ini berlaku beberapa gambaran:
    1) Gambaran pertama: Tidak Sah Nikah jika wali online tetapi saksi,suami dan isteri berkumpul disatu tempat.
    2) Gambaran kedua : Tidak Sah Nikah jika wali online,saksi online,bakal suami dan isteri berkumpul disatu tempat.
    3) Gambaran ketiga : Tidak Sah Nikah jika wali online,saksi online,bakal suami online dan bakal isteri online.
    4) Gambaran keempat : Sah Nikah jika wali,saksi dan bakal suami berkumpul disatu tempat dan bakal isteri sahaja online.

    *Persoalan : Bagaimana Jika seseorang itu sudah Nikah online(Yang tidak sah) dan dia sudah bersama(berjimak) dengan isterinya?
    Jawapan Maulana: Nikah batil dan Wath'i(jimak) itu didalam syubhah padanya iddah Wath'i(jimak)syubhah.

    Kata Maulana Syeikh Sayyid Syaltut hafizahullahu taala:"Didalam usul Ibnu Muflih telah berkata Ashab kami dan selain mereka(ulama usul) haram memudahkan fatwa dan taklid fatwa yang ma'ruf(yang terkenal) "

    Ini adalah jawapan Guru saya yang mana saya sendiri yang telefon beliau minta penjelasan dan huraian daripada beliau sendiri kerana saya tidak jelas dan tidak dapat gambaran mengenai isu ini atas sebab kekurangan diri saya sendiri didalam memahami fatwa.

    Nasihat saya untuk semua rakyat Malaysia,kita ikutlah badan yang autoriti di negara kita sendiri contohnya Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia,Fatwa Mufti2 setiap negeri masing2 dan jabatan mufti negeri masing2.ini adalah jalan yang lebih taslim(selamat) dan lebih ihtiyath (berhati2) lagi daripada kita ikut fatwa2 yang bersifat individual atau fatwa2 di negara lain.

    Sekadar ini sahaja perkongsian saya yang masih belajar dan perlukan bimbingan lagi ini,jika ada salah silap harap2 ada yang betul dan tegur saya secara personal ya.
    Semoga Allah pelihara, lindungi dan permudahkan segala urusan kita semua didunia dan diakhirat.

    Al Faqir ilallah Muhamad Fariduddin bin yusof
    (Penuntut ilmu,Ahli khidmat penuntut ilmu dan Ahli ilmu)

    Credit https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3131197416972609&id=100002471451228

    ReplyDelete
  2. Nikah online

    Sah ataupun tidak itu cerita lain, agama tidak sepatutnya dipermainkan seperti ini.

    Kalau boleh online bab Munakahat, buat apa hadir ke mahkamah untuk penceraian, buatlah online. (ataupun disini pun ada double standard?)

    Apa salahnya buat akad nikah dengan beradab, duduk jarak 5 meter pun x apa.

    Kita sedang menuju kepada kehancuran, bukan new normal.

    Credit https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3172004509497095&id=100000627307134

    ReplyDelete
  3. NIKAH ONLINE

    Dar al-Ifta' di Mesir ada mengeluarkan fatwa berkaitan perkahwinan menerusi online. Mereka mengharamkannya kerana tidak cukup syarat penyempurnaan akad pernikahan dan dirujuk juga kepada kaedah: "يحتاط في الفروج ما لا يحتاط في الأموال", "berhati-hati dlm hal farj adalah tidak sama berhati-hati dlm bab harta". Walaubagaimanapun, itu merupakan fatwa di luar negara yg bersesuaian dgn mahalli negara mereka dan sebelum merebaknya wabak pandemik COVID-19.

    Kita pula bergantung dan merujuk kpd fatwa yg telah dikeluarkan di Malaysia ttg perkahwinan menerusi sidang video. Fatwa tersebut pernah dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bersempena kes pihak yg berkahwin berada di luar negara yg tidak dapat pulang ke Malaysia dgn sebab2 tertentu. Fatwa tersebut dikeluarkan antara alasan utamanya adalah seperti berikut: "Terdapat halangan untuk melakukan akad nikah di tempat yang ditentukan kerana berjauhan seperti berada di luar negara dan sukar bagi kedua-dua belah pihak berada dalam satu majlis yang sama disebabkan sakit, banjir dan sebagainya."
    [Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-97 yang bersidang pada 15-17 Disember 2011]

    Namun begitu timbul persoalan, adakah situasi sekarang masih sesuai utk menggunakan fatwa yg pernah dikeluarkan itu? Mungkin akan ada yg berkata ada kewajarannya perkahwinan menerusi sidang video pada masa darurat kini kerana kita semua dilarang oleh ulul amri utk berhimpun dlm satu tempat, tidak boleh keluar rumah kerana ketakutan kpd wabak pandemik yg cepat merebak dsb, maka masih boleh dirujuk kpd fatwa lepas yg mengharuskan perkahwinan menerusi sidang video atas alasan "sukar bagi kedua-dua belah pihak berada dalam satu majlis yang sama disebabkan sakit, banjir dan sebagainya." Ungkapan 'dan sebagainya' adalah luas merangkumi wabak pandemik yg menular kini yg boleh diklasifikasikan sbg darurat.

    Walaubagaimanapun, setelah memerhatikan beberapa pendapat, saya berpandangan bahawa nikah online dlm tempoh PKP ini adalah tidak wajar. Hal ini kerana saya memerhatikan bahawa jika ada ruang utk berhimpun bagi melaksanakan akad dgn sempurna dlm satu majlis secara berdepan yg hanya melibatkan org tertentu sahaja seperti wali, wakil, dua org saksi, pengantin, jurunikah serta dibenarkan oleh ulul amri, juga dipastikan tidak berbahaya, maka seeloknya perlaksanaan perkahwinan dlm satu majlis secara berdepan patut diutamakan kerana ianya lebih berhati-hati dan meraikan pandangan muktamad dlm mazhab Shafi'i dan kaedah fiqh mengenainya. Saya tidak melihat dari sudut sah atau tidak kerana hal ini merupakan peranan ahli2 fatwa menyelesaikannya, tetapi saya melihat dari sudut kewajaran diadakan nikah secara online dlm tempoh PKP ini sama ada betul2 terdesak atau tidak.

    Sambungan >>>

    ReplyDelete
    Replies
    1. >>> Sambungan

      Selain itu, jika pernikahan dilaksanakan menerusi sidang video pun pengantin lelaki dan perempuan bukan boleh duduk sekali lagi sbb masih dlm tempoh PKP. Jika begitu, apa salahnya ditangguhkan sahaja perkahwinan itu pada tarikh yg lain kerana tiada keperluan mendesak buat masa ini yg mana masing-masing pihak terhalang utk bertemu. Berlainan dgn kes pengantin lelaki dan perempuan berada di luar negara yg jika tidak dilaksanakan akad pernikahan boleh mengundang pintu kerosakan kpd mereka. Kenapa tidak dipilih sahaja cara yg lebih berhati-hati dan menepati pandangan muktamad dlm mazhab Shafi'i? Justeru, tampak tidak begitu terdesak pernikahan cara online ini dilakukan buat masa ini.

      Semoga pandangan seperti ini tidaklah nanti dikatakan "mufti tidak bertauliah di luar sana memberikan fatwa" kerana ini sekadar pandangan. Kita perlu menghormati sesiapa sahaja yg memberikan pandangan jika sekiranya tidak terkeluar daripada disiplin ilmu dan perbahasan. Jgn kerana kita "ahli fatwa" boleh sesuka hati mengata kpd org dgn ungkapan yg tidak sepatutnya. Semoga kita memperoleh rahmat dan reda Allah سبحانه وتعالى.

      #Just Stay At Home

      Wallahua'lam.

      Credit https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10212704745972801&id=1810990976

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. https://www.facebook.com/144955965654911/posts/1636220316528461/

    ReplyDelete
  6. https://www.facebook.com/144955965654911/posts/1636220316528461/

    ReplyDelete