Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

SIBAWAYH SI ALIM NAHU

Thursday, December 3, 2015

Kisah ini seringkali diceritakan Tuan Guru Hj Salleh Bin Musa حفظه الله تعالى jika membuka kitab nahu kepada kami. Penceritaan dalam ini bukanlah terus dari perkataan Tuan Guru, tetapi kisahnya tetap serupa.

Kisah perdebatan Sibawayh bersama gurunya Khalil ibn Ahmad al Farahidi

Diriwayatkan bahawa Sibawayh dan gurunya, Khalil al Farahidi pernah berdebat mengenai a’rafu al-maa’rif أعرف المعارف iaitu diantara 6 isim ma’rifah, isim ma’rifah mana yang dianggap paling ma’rifah (paling jelas untuk mengetahui sesuatu). Seperti kebiasaan, setiap hari Sibawayh akan belajar dengan gurunya Imam Khalil Al-Farahidi mengenai ilmu nahu. Kebetulan pada hari itu tajuk pengajian mereka berkenaan dengan isim-isim ma’rifah. Setelah mendengar keterangan dari gurunya yang menjelaskan bahawa isim ma’rifah yang paling ma’rifah itu adalah isim dhomir, muncullah satu keraguan dihati Imam Sibawayh. Beliau tertanya-tanya didalam hati sanubari merenungkan kalimah demi kalimah yang disampaikan oleh gurunya itu. Lalu Sibawayh pun berkata “Setelah mendengarkan keterangan kamu, aku agak ragu adakah benar isim yang paling ma’rifah itu adalah isim dhomir?”, mendengar pertanyaan dari muridnya itu Imam Khalil mengeluarkan seluruh dalil-dalil dan keterangan-keterangan untuk menjelaskan dan menguatkan pendapatnya.

Namun setelah dijelaskan beberapa kali, Imam Sibawayh tetap ragu dan menyanggah apa yang disampaikan oleh gurunya itu. Dengan tanpa mengurangi rasa hormatnya terhadap sang guru, Sibawayh cuba menyampaikan pendapatnya dengan tenang dan penuh rasa hormat. Sibawayh berpendapat isim yang paling ma’rifah diantara asmaul ma’rifah adalah isim 'alam اسم علم(nama orang). Akan tetapi gurunya tetap berpendapat seperti yang telah dinyatakan di atas. Namun Sibawayh tetap mahu mempertahankan pendapatnya itu lalu beliau membuktikannya sendiri dengan pendekatan yang genius . Suatu malam, beliau sengaja berkunjung ke rumah gurunya itu. Setelah berada didepan pintu rumah gurunya, Sibawayh tidak langsung masuk dan menemui Imam Khalil sebagaimana biasanya. Akan tetapi beliau mengetuk pintu rumah gurunya itu beberapa kali dengan harapan beliau akan bertanya siapa sebenarnya yang datang mengetuk pintu. Setelah beberapa kali diketuk, ternyata gurunya itu belum juga muncul dan bertanya.

Kemudian setelah lama mengetuk pintu, terdengar dari dalam rumah suara Imam Khalil yang bertanya “siapa..?”. Mendengar suara tersebut, dengan segera Sibawayh menjawab “ana”. Kerana merasa belum jelas, Imam Khalil kembali bertanya “ana siapa?”, kemudian dijawab lagi oleh Imam Sibawayh “ana”. Mendengar jawapan tersebut Imam Khalil masih tertanya-tanya siapa sebenarnya orang yang menjawab saya itu. Lalu beliau terus membuka pintu. Pada saat pintu terbuka, ternyata orang yang menjawab ana itu tak lain dan tak bukan adalah Sibawayh murid kesayangan beliau sendiri.

Pada saat itu Sibawayh pun tersenyum melihat gurunya yang sedang berdiri didepan pintu lalu berkata “Bagaimana guru, adakah hingga saat ini kamu masih mengatakan Isim dhomir sebagai isim yang paling ma’rifah?, bukankah ketika aku datang kemudian anda bertanya siapa kepada aku, terus aku jawab “ana” (isim dhomir) lalu ia belum memberikan pengertian yang jelas terhadap kamu?, belum cukupkah bukti itu menunjukkan bahawa Isim A’lam lebih ma’rifah daripada isim dhomir..?". Mendengar pertanyaan bertubi-tubi dari muridnya itu, Imam Khalil diam membisu dan tidak bisa berkata apa-apa lagi.

Via: Sibawayh.com

Tambah guru kami, selepas peristiwa itu, Imam Khalil membawa diri ke suatu tempat dan berdoa kepada Allah الله ﺗﻌﺎﻟﯽ agar dikurniakan suatu ilmu yang tiada pada orang lain. Allah الله ﺗﻌﺎﻟﯽ memperkenankan doanya dengan mengurniakan ilmu 'Arudh yg tiada pada Sibawayh dan orang lain.Allahua'lam.....

No comments:

Post a Comment