Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Kediaman Syaitan Dilubuk Hati Kita

Monday, November 2, 2015

Imam Ghazali r.a telah menggariskan kepada kita sepuluh perkara yang menyebabkan syaitan bermaharajalela di lubuk hati kita....
1. Marah dan Syahwat
2. Hasad Dengki dan Tamakkan Dunia
3. Kekenyangan Akibat Makan Terlalu Banyak
4. Terlalu Menghias Diri
5. Keinginan Mengampu
6. Harta dan Wang Ringgit
7. Lokek dan Takut Miskin.   
8. Terlalu Fanatik,Taasub dan Berdendam
9. Terlalu Memikirkan Tentang Zat dan Sifat Allah SWT Tanpa Ilmu Pengetahuan dan Diluar Batas   Akal Fikiran Manusia.  
10. Sangka Buruk Sesama Kaum Muslimin

2 comments:

  1. Paku untuk anak!!!
    Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ia hanya berpunca dari satu masalah kecil sahaja.
    Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkan seguni paku.
    "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda.
    "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.
    Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.
    Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
    Dia mula menyedari adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.
    Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
    Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
    Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
    Bapanya telah memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata; "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.
    Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ia akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatanmu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.
    Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkanmu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

    ReplyDelete
  2. PESAN DARI HABIB UMAR TENTANG HATI...
    ""Ada manusia yang mana amalannya seperti gunung di dunia, akan tetapi di akhirat umpama debu yang berterbangan, kerana hatinya."
    "Kedengkian sesama muslim itu adalah penyakit, jadilah kamu seorang da'i, yakni yang mengajak), dan bukannya seorang qadi, yakni yang menghukum. Semua para wali Allah itu, diangkat darjatnya, oleh Allah, karena hatinya yang bersih, tidak sombong, tidak dengki, dan selalu merendah diri."
    "Sebagai tanda jika Allah Ta'ala ingin menutupi semua kejahatanmu, Maka Allah akan jadikan dirimu senang menutupi aib orang lain. Dan ketika Allah ingin membuka aibmu, Allah jadikan pula dirimu suka mencari-cari aib atau kekurangan orang lain."
    "Semoga kita semua termasuk dalam golongan orang yang merendah diri, dan, tidak suka mencari cari aib atau kekurangan orang lain."
    - Al Habib Umar Al Hafidz Ù 

    ReplyDelete