Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Bilamana kita bersolat di masjid, apakah yang akan kita perolehi:

Friday, November 13, 2015

1. Pahala sahut seruan azan
2. Pahala melangkah ke masjid
3. Pahala masuk masjid.
4. Pahala melangkah kaki kanan kedalam masjid
5. Pahala doa masuk masjid
6. Pahala solat tahiyyatul masjid
7. Pahala i'tikaf
8. Pahala solat berjamaah
9. Pahala takbiratul ihram bersama imam
10. Pahala amin bersama imam
11. Pahala rapatkan sof,
12. Pahala luruskan sof
13. Pahala dengar tilawah quran
14. Pahala hubung silaturrahim
15. Pahala duduk dalam majlis zikir
16. Pahala duduk dalam majlis ilmu
17. Pahala jadi makmum
19. Pahala membersihkan masjid
20. Pahala menuntut ilmu
21. Pahala nasihat menasihati
22. Pahala sedekah ditabung masjid
23. Pahala mempelajari bacaan Quran yang betul melalui bacaan imam.
24. Pahala mengingatkan imam jika beliau lupa
25. Pahala menghidupkan sunnah rasulullah saw
26. Pahala menghidupkan syiar agama Islam
27. Pahala doa keluar masjid dan dengan langkah kiri..

Daripada darjat2 diatas, berapa yg tidak boleh dicapai jika solat berjamaah dirumah?
Sampaikanlah pesanan ini untuk semua......

1 comment:

  1. 10 KALANGAN MANUSIA YANG SOLAT NYA TIDAK DITERIMA ALLAH SWT
    Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” -(Tabyinul Mahaarim)
    Rasulullah s.a.w juga bersabda bahawa:
    10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah s.w.t,
    1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
    2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
    3. Orang lelaki yg menjadi imam, padahal orang yg menjadi makmum membencinya.
    4. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin ibu bapanya.
    5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (taubat).
    6. Orang perempuan yg suaminya marah/menegurnya lalu dia memberontak.
    7. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.
    8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim
    9. Orang-orang yang suka makan riba’.
    10. Orang yg solatnya tidak menahannya dari terus melakukan perbuatan yg keji dan mungkar.”
    Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Barangsiapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah s.w.t dan jauh dari Allah.”
    Hassan r.a berkata: “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari terus melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”

    ReplyDelete