Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Sunat Solat Mengadap (BerSUTRAHkan) Tiang Dalam Masjid

Monday, December 8, 2014

Mohammad Haidzir Hussin
18 hrs · Edited ·

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

Sunat Solat Mengadap (BerSUTRAHkan) Tiang Dalam Masjid, Tapi TiangNya BeWarnaWarni

عن أنس رضي الله عنه قال: لَقَدْ رَأيْتُ كِبَارَ أصْحَابِ رسول الله صلى الله عليه وسلم يَبْتَدِرُونَ السَّوَارِيَ عِندَ المَغْرِبِ.
رَوَاهُ البُخَارِيُّ.

Dpd Anas r.a. berkata: sesungguhnya aku dapati sahabat sahabat Nabi s.a.w yg ulong berpusu pusu ke BELAKANG TIANG dlm masjid utk menunaikan Solat Sunat Qabliyah Maghrib.
Hadith Riwayat Al-Bukhari

Di dalam Sahih Al-Bukhari penyusun menyebutkan tindakan dan kata kata Saiyidina Umar al-Khattab r.a dalam masalah Membetulkan saf atau Kedudukan Ketika Solat pada Kitabus Solah, Bab SOLAT MENGHADAP TIANG:

المصلون أحق بالسواري من المتحدثين إليها، ورأى عمر رجلاً يصلي بين أسطوانتين، فأدناه إلىٰ سارية فقال: صَلِّ إلَيْهَا.

Maksudnya: Org² yang mengerjakan solat lebih berhak berada di belakang Tiang² Masjid berbanding mereka yang berbual bual di situ.
Pernah Saiyidina Umar r.a melihat seorang lelaki solat di antara dua tiang maka beliau pun menariknya KE BELAKANG SEBUAH TIANG lalu berkata: SolatLah Dgn MenghadapNya.

Masalah nya ialah;
Sesuaikah tiang masjid dlm gambar tu dijadikan sutrah utk solat sunat atau solat jama' taqdim?, sedangkan hadith di bawah ni menunjokkan kpd larangan kearah itu?

عن أنس بن مالك رضي الله عنه قالَ: كان قِرامٌ لِعَائشة سَتَرت به جانب بَيْتِها، فقال لها النبي صَلّى الله عَلَيْهِ وَسَلّم: "أميطي عنّا قِرَامَكِ هذا، فإنّهُ لا تَزالُ تصَاويرُهُ تَعْرض لي في صلاتي"
رواه البخاريُّ

Dpd Anas bin Malik r.a. katanya: Aisyah r.a. mengantungkan kain tabir utk melindungi sebahagian rumahnya. (Tabir itu bewarna warni) lalu Baginda s.a.w. bersabda: Wahai Aisyah jauhkanlah dari Kita tabir awak ini kerana sesungguhnya corak corak yg ada padanya boleh menganggu solat kita.
Hadith riwayat Al-Bukhari

Harap Jabatan Agama khususnya Bahagian Pengurusan Masjid lebih peka mengenai masalah ini.

No comments:

Post a Comment