Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

فاقد الشيء لا يعطي.

Wednesday, November 12, 2014

Pepatah Arab mengatakan "orang yang tiada sesuatu, dia tidak dapat memberi". Persoalannya adakah perlu sehingga kita mempunyai banyak harta, makanan yang melimpah-ruah, barulah kita boleh memberi? Adakah hanya jika anak-anak telah kenyang, barulah kita boleh menjamu orang lain?

Seorang sahabat r.hum telah menemui Rasulullah saw. dan menyatakan keadaannya yang sangat susah dan lapar. Baginda saw. telah menghantar seseorang ke rumahnya tetapi tidak mendapat sesuatu makanan pun.

Lalu Baginda saw. bertanya kepada para sahabat r.hum, "Adakah sesiapa yang sanggup melayaninya sebagai tetamu untuk satu malam?" Seorang sahabat Ansar ra. berkata, "Wahai Rasulullah, saya akan melayaninya."

Beliau telah membawa sahabat itu ke rumahnya dan berkata kepada isterinya, "Beliau ini ialah tetamu Rasulullah, janganlah sembunyikan sesuatu bendapun dan pastikan tidak ada sebarang kekurangan dalam layanan kita terhadapnya."

Iaterinya berkata, "Demi Allah, ada sedikit makanan untuk anak-anak dan tiada yang lain daripada itu di dalam rumah kita."

Sahabat itu menjawab, "Tidurkanlah anak-anak sehingga mereka lena dan bawalah makanan lalu kita duduk bersama tetamu itu. Kemudian engkau bangun dengan alasan untuk membaiki pelita dan terus memadamkan pelita itu." Si isteri telah melakukan seperti yang dirancang. Suami, isteri serta anak-anak mereka menghabiskan malam itu dalam keadaan kelaparan.

Oleh kerana peristiwa inilah ayat ini diturunkan, bermaksud :
"Mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan sangat-sangat berhajat."
[Surah al-Hasyr: 9]

No comments:

Post a Comment