Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Siksaan Kubur di Bulan Ramadhan malam Lailatul qadar

Friday, June 13, 2014

Ibnu Hajar al-Haytami menulis dalam kitabnya az-Zawajir fi-Iqtirafi al-Kabair;

Sejak kecil, kebiasaannya aku menziarahi kubur bapaku untuk membaca al-Quran. Aku mendatanginya setiap pagi untuk membaca al-Quran di sisinya.

Pada suatu pagi yang gelap, aku mendatangi kubur bapaku selepas solat Subuh. Hari itu bulan Ramadhan, pada sepuluh terakhir. Kemungkinan malam itu adalah lailatulqadar. Tidak ada seorang pun di tempat itu selain diriku.

Apabila aku duduk dan mulai membaca ayat-ayat al-Quran, tiba-tiba aku terdengar suara rintihan yang sangat mengejutkan. "Aaaah, aaaah, aaah." Begitulah dengan nada yang sangat memilukan hati. Suara itu berasal dari arah sebuah kubur yang dibina daripada batu dan simen, berwarna putih bersih.

Aku menghentikan bacaanku dan mencari-cari dari mana datangnya suara itu. Ternyata ia berasal dari dalam kubur tersebut. Penghuninya sedang diseksa, ia mengaduh dengan suara rintihan yang sangat menyayatkan hati. Aku mendengarkan suara itu selama beberapa minit. Apabila matahari mulai terbit, suara itu menghilang.

Tidak lama kemudian, seorang lelaki melalui tempat itu. Aku segera bertanyakan kepadanya: "Maaf tuan, ini kubur siapa?" Lalu ia menjawab: "Kubur si polan."

Nama yang ia sebutkan itu sangat saya kenali. Saya pernah berjumpa dengannya ketika kecil dahulu. Allahyarham seorang yang sangat rajin datang ke masjid, menjaga solat pada waktunya, dan tidak banyak berbicara. Saya memang ketahui tentang dirinya.

Tetapi, perkara ini membingungkan fikiranku. Aku mendengar suaranya sedang diazab di dalam kubur, padahal aku melihatnya adalah seorang yang sangat soleh. Lalu aku terus bertanya tentang siapakah orang ini sebenarnya.

Apabila aku bertanya kepada orang yang benar-benar mengenalinya, ternyata Allahyarham yang zahirnya soleh ini, rupa-rupanya suka makan harta hasil riba.

Mereka bercerita, asalnya dia seorang peniaga. Apabila memasuki usia tua, dan masih memiliki sedikit harta, ia tidak berasa cukup dengan apa yang ada. Lalu syaitan membisikkan kepadanya untuk melabur dalam riba' agar hartanya tidak berkurangan.

Ibnu Hajar berkata: "Itulah yang menyebabkan dirinya mendapat seksaan kubur walaupun di bulan Ramadhan, dan walaupun di malam lailatulqadar yang penuh rahmat."

Sumber : Rasul Mulia Umat Mulia Akhlak Mulia, ms. 212-213

2 comments:

  1. Ramai di kalangan kita ahli-ahli masjid, hadir ke masjid setiap waktu. Di kalangan mereka ada yang masih bekerja dan ada yang telah pencen. Namun tahap ilmu agama mereka berbeza. Ada yang mempunyai asas agama dan ada yang tiada. Oleh itu tidak hairanlah jika ada antara mereka yang terkurang rakaat solat ketika masbuk. Walaupun mereka ini hadir ke masjid seharian. Tetapi tiada ruang dan peluang untuk mereka menuntut ilmu solat di samping ketidakinginan mereka sendiri kerana tidak tahu bahawa dirinya tidak tahu.

    ReplyDelete
  2. Tidaklah boleh dikatakan bahawa orang yang sering hadir ke masjid sebagai soleh jika tidak diuji kesolehan mereka itu. Di manakah kita pada waktu-waktu solat jika sedang bermusafir, balik kampung, menghadiri seminar, kenduri kahwin dan lain-lain. Adakah masih mengekalkan kehadiran ke masjid berdekatan sebagaimana kebiasaan di tempat sendiri atau cukup sekadar solat di bilik hotel? Atau lewat waktu solatnya.

    ReplyDelete