Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Pengaruh ulama Su'

Thursday, May 29, 2014

Dajjal itu tujuannya sudah jelas untuk menyesatkan manusia tetapi ulama Su' ini walaupun lidahnya pandai memalingkan orang lain daripada cinta dunia, namun amal dan perbuatan mereka adalah mengajak orang lain membuat kejahatan kerana amalan seseorang itu lebih berkesan daripada percakapannya. Dan orang ramai lebih mudah tertarik dengan perbuatan ulama Su' daripada perkataan mereka.

Maka apa yang dapat dirosakkan oleh ulama Su' ini dengan perbuatan mereka adalah lebih banyak daripada apa yang dapat dibaikkan oleh lidah mereka. Orang yang jahil sebenarnya belum berani menghimpunkan dunia banyak-banyak kecuali setelah mereka melihat keberanian ulama Su' ini.

Petikan dari Kitab Bidayatul Hidayah karangan Imam Ghazali.

No comments:

Post a Comment