Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Nammam

Friday, March 7, 2014

Antara DOSA SIBER yang meriah hari ini adalah screen capture facebook orang yang sedang mengata, mengumpat dan mengutuk seorang yang lain, kemudian diberikan screen capture itu kepada yang dikutuk agar bertindak balas atau kononnya 'membantu' mangsa. Itu sebenarnya namanya 'Nammam' atau juga 'Qattaat' iaitu pengadu domba yang dosa. Nabi sebut ( لا يدخل الجنة نمام) ertinya "Tidak masuk syurga orang yang mengadu domba". (Hadis sohih riwayat Muslim)

Moral : Jika sekadar seorang umpat, kutuk dan mengata. JANGAN sebarkan khususnya kepada mangsa. Nasihatilah pengumpat & pengutuk itu sebaiknya, itu cukup. Selanjutnya balasan kelak nanti di barzakh & akhirat. Pahalanya juga akan diberikan kepada mangsa.

Namun jika seorang memfitnah atau mencipta cerita bohong terhadap seseorang, itu barulah boleh 'screen capture' dan diserahkan kepada mangsa untuk tindakan lanjut yang sesuai seperti saman.

Kalau ada sesiapa yang benar-benar salah dan mendedahkannya hingga boleh menyesatkan, boleh screen capture dan disertai dengan nasihat dengan adab dan baik sebagai panduan orang awam bukan dengan cercaan dan caci serta kutuk.

Sumber : Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman

No comments:

Post a Comment