Setelah melihat kerjaya dengan pendapatan tinggi yang ditawarkan di Amerika Syarikat (dan mungkin juga ada ditawarkan di negara-negara lain) kini kita beralih pula ke negara kita sendiri, Malaysia.
Di Malaysia, untuk bekerja di mana-mana agensi swasta atau kerajaan, perlu diingat bahawa kelulusan minima yang perlu kita ada ialah SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Bukan itu sahaja tetapi pelajar juga harus aktif dalam ko-kurikulum dan mendapat komen positif dalam sijil berhenti sekolah. Ini adalah penting, walaupun seseorang itu tidak berminat, berkemampuan atau layak untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading, perkara yang disebutkan tadi mestilah ada untuk rujukan bakal majikan. Ini perlu difahami dan senario ini mungkin berbeza dengan negara-negara lain.>
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment