Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Tugas hati ...

Monday, February 3, 2014

Setiap anggota badan manusia yg diciptakan oleh Allah ini mempunya tugasnya yang tersendiri. Mata tugasnya untuk melihat, telinga untuk mendengar,lidah utk berkata dan hati tugasnya untuk mencinta. Tugas hati adalah yang paling penting kerana ianya adalah raja kepada semua anggota lain.

Tugas hati yang paling tepat adalah mencintai Allah. Apabila hati menjalankan tugasnya dengan sebaik mungkin dengan mencintai Allah maka semua anggota badan yang lain akan menjalankan tugasnya untuk memenuhi cinta rajanya iaitu hati. Mata akan akan menjalankan tugasnya dengan melihat perkara2 yang disukai oleh kekasih rajanya, begitulah juga dgn semua anggota2 lain akan bertugas untuk menambahkan cinta hati kepada Allah.

Tetapi sebaliknya apabila di dalam hati tidak ada CINTA ALLAH maka dia tetap menjalankan tugasnya utk bercinta. Tetapi dia akan mencintai selain Allah. Hati akan mencintai dunia, harta, pangkat, kedudukan dan sebagainya. Dari cinta yang rosak inilah makan akan menular kepada semua anggota badan yang lain.

Maka mata akan menjalankan tugasnya utk melihat perkara2 keduniaan,begitulah juga dengan anggota badan lain akan menjalankan tugas masing2 untuk perkara keduniaan. Apabila perkara ini berlaku manusia akan makin jauh dengan hakikat dan matlamat kehidupan yang sebenar. Betapa malangnya nasib seseorang manusia apabila hatinya terperangkap dengan cinta kepada selain Allah.

Oleh itu usaha untuk menyuburkan hati dengan CINTA ALLAH teramatlah penting. Kerana dengannya hati akan hidup dan subur sehingga akan disingkapkan kepada pemilik hati yang mencintai Allah ini hakikat kehidupan yang sebenar.

Seorg telah datang kpd Hadrat Hassan Basri, katanya 'wahai Hadrat, hati saya telah sakit iaitu apabila saya dgr nasihat agama hati saya tidak terkesan'. Kata Hadrat Hassan Basri, hati kamu bukan sakit ttp ianya telah mati. Sepertimana badan perlukan makanan untuk terus hidup, hati lebih2 lagi perlukan makanan untuk terus hidup. Makanan untuk hati adalah zikrullah.

Allah taala ingin hati kita sentiasa berpaut dan tawajuh dgn Allah.Walaupun sibuk mana kita dgn kerja dunia tetapi hatinya tetap terpaut kpd Allah. Sentiasa mengingati Allah di setiap masa dan keadaan. ALLAH, ALLAH, ALLAH, ALLAH sentiasa bergema di hati sanubarinya. Melalui ini hati akan mula mencintai Allah.

DEMI ALLAH!!! Mencintai selain Allah telah banyak mengecewakan dan menjahannamkan banyak manusia di dunia lagi dan seterusnya kedurjanaan di kehidupan akhirat yang selama lamanya.

Ya Allah....anugerahkanlah cintaMu kepada hambamu ini ya Allah..

Sumber Usamah Mables

1 comment:

  1. Seorang Guru Sufi ditanya tentang 2 keadaan
    manusia:
    1. Manusia rajin sekali ibadahnya, namun
    sombong, angkuh dan selalu merasa suci.
    2. Manusia yg sangat jarang ibadah, namun
    akhlaknya begitu mulia, rendah hati, santun,
    lembut dan cinta dgn sesama.
    Lalu Sang Guru Sufi menjawab:
    Keduanya baik;
    @ Boleh jadi suatu saat si ahli ibadah yg
    sombong menemukan kesadaran tentang
    akhlaknya yg buruk dan dia bertaubat lalu ia
    akan menjadi pribadi yg baik lahir dan batinnya.
    @ Dan yg kedua bisa jadi sebab kebaikan hati-
    nya, Allah akan menurunkan hidayah lalu ia
    menjadi ahli ibadah yg juga memiliki kebaikan
    lahir dan batin.
    Kemudian orang tsb bertanya lagi, lalu siapa yg tdk baik kalau begitu...???
    Sang Guru Sufi menjawab:
    "Yg tdk baik adalah kita, orang ketiga yg selalu
    mampu menilai orang lain, namun lalai dari
    menilai diri sendiri".
    اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ٰ سَÙŠِّدِÙ†َا Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ٰ ءآلِ سَÙŠِّدِÙ†َا Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ
    Habib Achmad Jamal Taha Baagil

    ReplyDelete