Sayu dan sangat memberi kesan dalam hati beberapa nasihat yang saya peroleh hari ini.
Kata seorang alim dengan penuh kasih sayang. Tuan-tuan sekalian saya minta maaf jika apa yang saya cakap ini menyentuh atau terasa dihati...Kita semua terlalu cinta kepada dunia...dan memberi tumpuan kepada dunia...sehingga akhirat kita terabai..
Dunia ini jika apa jadi sebenarnya tidak jadi apa-apa. Akhirat jika terjadi, itulah yang terjadi sebenarnya...
Kita bukan sahaja meninggalkan dakwah malah dakyah mereka menjadi perbualan harian kita dalam keluarga dan umat. Tiada lagi dakwah kepada kebesaran Allah.
Bila kita tinggalkan dakwah cara Nabi, doa kita dihijab dari diterima dan kita ditarik kefahaman Al-Quran yang betul..
Bila kita buat dakwah Allah janji 3 perkara. Keampunan Allah, Tarbiah dan Tazkiyah.
Ya Allah berilah hidayatmu kepada 7 bilion manusia diseluruh dunia untuk dapat Islam dan buat kerja Nabi
Ya Allah maafkanlah kerana kekurangan kami dalam menjalankan dakwah ini-ebit lew
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment