Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Janganlah kamu pukul anak-anak kamu ...

Friday, January 17, 2014

Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Janganlah kamu pukul anak-anak kamu di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahiran nya ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterus nya pula ia mendoakan kedua ayah bondanya."

[H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a.]

Baginda Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhannya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bonda nya.

Bersabda Baginda Rasulullah s.a.w. :
"Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka dituliskan untuk nya dan kedua ibu bapanya. Dan apa yang diperbuatnya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapanya. Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruk nya."
[H.R.Imam Anas bin Malik r.a.]

No comments:

Post a Comment