Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Allah penuhi keperluan kita melalui amal..

Monday, January 27, 2014

Malam tadi Ahad malam Isnin aku telah jumpa guruku Maulana Khurshid (anak kepada Maulana Jamshid) dan juga Maulana Adam di bilik Masyaekh. Aku begitu terharu sekali apabila jumpa mereka sahaja aku dipeluk dengan penuh kasih sayang. Aku dialayan dan diberi minum tea special ala pakistan. Subhaanallah mulianya hati guruku. Kenangan pengajian di Raiwind Pakistan segar kembali dalam ingatan ku. Kalau dulu aku kadang dirotan dan dimarahi kerana sesuatu kesalahan yang sewajarnya dididik sedemikian.
Ternyata ape yg mereka buat masa dulu tak lain dan tak bukan kerana kasih sayang mereka kepada pendosa ini. Aku ceritakan kepada maulana yang aku bercadang selepas ni nk mengajar satu dua pelajaran di mana2 madrasah, kemudian buat pengajian utk org awam, bagi masa utk usaha dakwah dan untuk keperluan hidup nak buat niaga sikit2.

Tiba2 maulana terus kata "INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAAJI'UUN".. Aku amat terkejut dengan perkataan yg keluar dari mulut maulana tu. Kata beliau, " Selama kamu belajar dengan kami, beberapa hari kamu dengar bayan2 di medan ijtimak, inikah yang kamu faham? Untuk keperluan kamu perlu buat perniagaan dan sebagainya?" Kata beliau lagi, " Segala hajat dunia dan akhirat akan dipenuhi oleh Allah SWT melalui amal. Amal yg paling besar adalah amal dakwah. Kamu mengajar ilmu kepada ummat juga merupakan amal. Melalui amalan2 ini semua Allah akan penuhi segala hajat kamu dunia dan akhirat. Kalau kamu nak berniaga bukan kerana utk memenuhi keperluan hidup kamu, tapi jadikanlah perniagaan tu sebagai satu amal. Iaitu utk amalkan sunnah rasulullah SAW". Subhaanallah.. Aku seakan2 terjaga dari mimpiku. Inilah yang sebenar2nya. Allah SWT akan memenuhi keperluan melalui amal. Inilah hakikat yang sebenarnya. Perjumaapaan yg singkat dgn guruku tetapi memberi suatu pengajaran yang amat besar.

1 comment: