Syeikh Maulana Mustaqim
Friday, November 8, 2013
~Ulama' Rabbaniy~ masa Ijtimak Sudan bulan Januari yang lalu... di awal bayan al'Allamah ad-Da'ei ila-Allah Syeikh Maulana Mustaqim hafizahullah, beliau melihat para hadirin sedang sibuk dengan henfon untuk merakam kalam beliau, lantas beliau menegur... "Apa yang kalian sedang lakukan wahai para ahhab (karkun2) sekalian...?? adakah kalian mengambil henfon untuk memasukkan aku ke dalam henfon..?? Henfon seperti penjara. Orang yang berbicara ada di dalamnya (hp). Aku mahu ucapanku ini di dalam hati kalian, bukannya di dalam henfon. Hati kalian tertumpu pada henfon, bukannya padaku. Ini adalah tipu helah syaitan. Sekiranya aku bertanya pada kalian, Siapakah musuh yang nyata..?? hadirin menjawab : syaitan.. MasyaAllah kesemuanya tahu, tapi masih mengikuti syaitan.. (hadirin tertawa). Ini adalah masalah yang berlaku di setiap tempat. Kalian berkata musuh yang nyata adalah syaitan, tetapi masih mengikuti syaitan. Apa jua ucapan yang penting diucapkan, jika syaitan suruh tinggalkan majlis, maka dia akan bangun dan tinggalkan majlis. Hendaklah kalian duduk dengan diam dan tenang... maulana bertanya : "Kemana hati kalian tertumpu wahai para ahbab..?? hadirin jawab : kepada Allah, maulana kata : hati kalian dah sampai ke rumah. si suami dah berhubung dengan isteri bagitau, esok selepas doa (penutup ijtimak) insyaAllah aku segera pulang... :) " seorang sahabat ku (orang Sudan) menceritakan ketika dia berada Masjid Nizamuddin, yakni markaz induk Jemaah Tabligh di India yang diasaskan oleh Syeikh Maulana Ilyas al-Kandalawi rahimahullah. Sewaktu beliau menziarahi Maulana Mustaqim di bilik beliau.. sahabatku melihat Maulana Mustaqim sedang membaca surat khabar, dia berkata kepada maulana dengan nada gurauan : "Astaghfirullah...maulana mustaqim seorang ulama besar baca surat khabar..?? Maulana Mustaqim menjawab sambil tersenyum : ya! supaya aku tahu apa yang syaitan lakukan pada manusia... :)" :: siapa yang kenal Maulana Mustaqim akan lebih faham cerita saya di atas, beliau seorang alim yang tegas dan suka bergurau, beliau merupakan salah seorang masyaikh Tabligh, kini sudah berusia 80 tahun. semoga Allah subhanahuwa ta'ala memberikan kesihatan yang baik pada beliau, memanjangkan umur beliau untuk terus berkhidmat pada agama... amin Allahumma amin.. alFatihah.. sollu 'alan Nabiy...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment