Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Krisis ILMU

Tuesday, June 11, 2013

Sebelum ini (awal tahun 2009),satu persolan telah bermain di fikiran saya. Persoalan yang di maksudkan ialah apakah maksud di sebalik hakikat ilmu.
Persoalan ini telah bersarang di fikiran saya kerana saya telah mendengar satu ucapan daripada seseorang yang baru pulang dari I.P.B dan beliau dalam ucapannya menerangkan dan menyatakan bahawa ilmu ini ialah yang berkaitan dengan agama sahaja, dan selain daripada itu, ianya bukan dinamakan ilmu tetapi lebih kepada maklumat dan informasi sahaja. Apabila mendengar ucapan begini, maka saya mula meragui, apakah ini benar-benar kata dari Hazrat Syeikh Muhamad Saad sendiri, atau tambahan daripada penceramah ini, kerana beliau mendakwa ini adalah kata-kata dari Hazrat Syiekh Muhamad Saad sendiri.

Kekeliruan inilah yang saya tanamkan dalam hati saya bahawa saya akan pergi tanya sendiri dengan Hazrat Syeikh untuk meminta kepastian daripada beliau sendiri, apatah lagi, saya akan ke I,P,B tidak lama lagi (impian ini telah di kabul Allah SWT pada 18 Jun 2010), sehinggalah Allah SWT telah memilih saya untuk menjejak kaki di Masjid Banglawali (markaz utama usaha Dakwah dan Tabligh) dan bertambah kuat keazaman saya untuk bermuzakarah bersama Hazrat Syeikh sendiri. Maka impian dan harapan saya telah di kabulkan oleh Allah SWT, saya berpeluang bertanya sendiri kepada Hazrat Syeikh sambil dibantu oleh seorang Ustaz dari Malaysia,yang sedang khidmat 2 bulan di sana. Dua persoalan yang saya ajukan kepada Hazrat Syeikh,dan saya akan ceritakan satu sahaja di bawah ini. Hal yang berkaitan dengan kekusutan yang bermain di fikiran saya.

Soalan saya kepada beliau,apakah maksud kata-kata Hazrat Syeikh yang mengatakan bahawa ilmu kedoktoran,kejuruteraan dan sebagainya bukanlah ilmu yang sebenar tetapi lebih kepada maklumat dan informasi,bahkan Hazrat Syeikh berulang-ulang lagi dalam ucapan Hazrat Syeikh iaitu ini bukanlah ilmu,maka mereka yang mempelajarinya tidak akan dapat ganjaran dan kelebihan seperti mana yang di janjikan oleh Rasulullah Saw dalam Hadith beliau seperti kelebihan-kelebuhan menuntut ilmu,seperti satu hadith di bawah ini.
“Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga”.
[H.R Muslim, 13/212, no. 4867]
Maka yang menjadi kemusykilan saya, apakah kami ini (pelajar-pelajar bukan jurusan agama tidak mendapat apa-apa habuan daripada janji-janji yang telah disebutkan di dalam hadith di atas).

Jawapan Hazrat Syeikh dalam maksudnya untuk merungkai kekusutan yang bermain di fikiran saya, beliau telah menyebut satu hadith berkaitan tindakan Saidina Umar r.hu yang bertindak mempelajari satu ayat dari kitab Taurat, apabila di beritahu kepada Rasulullah SAW,betapa marahnya baginda SAW di atas tindakan Saidina Umar R.hu. Lihat lihat Hadith di bawah.
“Daripada Abdullah Bin Thabit r.hu,meriwayatkan bahawa Umar Ibnu Al-Khatab R.hu telah datang menemui Nabi Saw dan berkata,Ya Rasulullah,saya telah menziarahi saudara saya dari Bani Quraidzah,lalu beliau telah menuliskan beberapa potong ayat (yang berfaedah untuk diri saya) daripada “kitab Taurat”,kalau tidak menjadi keberatan tuan,boleh saya tunjukan kepada tuan?Perawi berkata,berubah wajah Rasulullah SAW apabila mendengar perkataan itu,berkata Abdullah Bin Thabit R.hu,wahai umar tidakkah kamu melihat wajah Nabi Saw yang berubah kerana kemarahannya….hingga akhir hadith…”
[H.R.Musnad Ahmad]
Kata Hazrat Syeikh,cuba kita bayangkan,tindakan Saidina Umar r.hu mempelajari satu ayat daripada kitab Taurat (kitab yang diturunkan kepada Nabi Musa A.S) pun telah menyebabkan kemurkaan Nabi SAW, cuba kita bayangkan,apakah perasaan Nabi Saw,apatah lagi kita hari ini yang mempelajari ilmu yang bukan-bukan sehingga kita mendakwa ilmu agama juga ilmu,dan ilmu kedoktoran,kejuruteraan juga merupakan ilmu,bahkan kita sanggup mengenepikan ilmu agama kerana ilmu yang dikatakan ilmu keduniaan ini (sanggup belajar sampai PHD dalam bidang kejuruteraan tetapi ilmu dalam bab mandi wajid pun tidak tahu). 

Kata ahli sains, gempa bumi terjadi disebabkan adanya pergerakan plat-plat di dasar bumi. Langsung tak kait dengan kekuasaan Allah SWT. Hazrat Syeikh menambah, asbab kejahilan dan kelemahan iman orang Islam, mereka (yakni orang Islam) telah mengikut telunjuk orang kafir dalam perkara ini. Kata hazrat Syeikh, adalah yang di maksudkan dengan ilmu ialah, apa yang telah diturunkan daripada Allah kepada Nabi Saw dan menyebabkan kita yang mempelajarinya semakin kita mengetahui apakah kehendak Allah kepada kita dan kita ingin tunaikan mengikut cara Nabi SAW tunaikannya. Kata Hazrat Syeikh lagi, kalaulah ada orang yang mempelajari Ilmu Sains, dan tidak menafikannya (ilmu Sains tersebut) maka dia (yakni orang yang pelajarinya) tidak akan dapat melihat kudrat Allah SWT.(Ahli-ahli Sains dalam bahaya,kalau mereka tidak menafikan ilmu Sains mereka.(contoh mengakui bahawa kejadian alam ini tidak ada hubungkait dengan Allah SWT).

Hazrat Syeikh juga menambah lagi, kalaulah kita anggap ilmu Sains, kejuruteraan sebagai ilmu dan akan mendapat habuan yang sama daripada hadith Nabi SAW, kenapa ada orang yang mempelajari ilmu tersebut, ada yang semakin jauh dengan Allah SWT. Bahkan ada yang berani melawan Allah SWT.[1] Lihat betapa bodoh dan jahilnya beliau walaupun beliau merupakan seorang Saintis (ilmu yang tinggi), tetapi maklumat yang ada padanya menyebabkan dia berani mengeluarkan kenyataan yang menghina Allah SWT. Tengok,kalau kita dakwa ilmu Sains juga ilmu, kenapa ada orang yang berani keluarkan kenyataan seperti ini? Bukankah dakwaan kita selama ini ilmu sains juga adalah ilmu, kenapa tidak dapat membawa seseorang kepada Allah SWT,? Kata penulis “ … macamana nie bro??? sapa mau jawab??”.

Allah SWT berfirman:
“... Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama (orang yang berilmu) ...”
[Surah Faathir, 35: 28]
“...dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.”
[Surah al-Baqarah, 2: 255]
Kata-kata Hazrat Syiekh yang terakhir, kalaulah ilmu yang seperti mana yang kita dakwa adalah ilmu, maka segala kelebihan-kelebiahn yang di khabarkan oleh Nabi SAW, maka orang kafir pun akan jadikannya sebagai satu targhib (galakan dalam mencari ilmu yang bathil ini).

Hari ini orang Islam terperangkap dengan kejahilan. Ilmu dunia mereka jadikan ilmu, semua perkara dikatakan ilmu. Selain daripada itu kita letakkannya sebagai maklumat. Bila ilmu-ilmu lain iaitu ilmu dunia dikepitkan dengan hadith-hadith Nabi saw dan kelebihan-kelebihan, maka ianya akan menjadi “dalalah” kesesatan. Maka tidak menjadi fardhu ain keatas kita untuk menjadi seorang “Muhadditshin”, ”Ulama”, ” Ustaz”, tetapi menjadi fardhu ain ke atas kita semua untuk mengetahui ilmu setiap amalan yang hendak dilaksanakan. Oleh kerana itu, kita semua kena minta ampun pada Allah SWT kerana kita telah mencuaikan ilmu agama yang sebenar sehingga kita agung-agungkan ilmu-ilmu lain dalam kehidupan kita.
Nabi SAW bersabda:“Demi Allah! Sesungguhnya aku memohon keampunan Allah dan bertaubat kepada-Nya dalam sehari semalam lebib tujuh puluh kali”.
[Hadis Riwayat Bukhari]
Ditulis oleh Anak Pendang Sekeluarga pada 10:35:00 PM

Sumber : http://wirapendang.blogspot.com/2011/04/krisis-lapangan-ilmu.html

[1] Menurut penulis, seorang saintis British, Dr Stephen Hawking mendakwa bahawa alam ini terjadi dengan sendirinya.

1 comment:

  1. BELAJAR ILMU PERLU IKUT SALURAN YANG BETUL
    (BAYAN MAULANA HAMID)

    Sebelum baca saya nak bagitahu tamsilan cerita yang disampaikan melalui bayan ini merupakan tamsilan untuk memahami pentingnya belajar ilmu melalui jalan yang bersih (berhadapan dengan guru/ baca daripada kitab karangan ulamak mursyid/ manakala untuk kitab yang diterjemah kita kena tahu siapa yang menterjemahkannya) ilmu tasawwuf itu lebih terperinci dan dalam, nampak sesuatu pekara tu mudah tapi ia beri kesan pada diri & hati, sebab tu umat akhir zaman walaupun ilmu dihujung jari tapi kefahaman ilmu mereka rosak, sebab belajar ilmu melalui phone/computer/tv ni bukan jalan suci, dalam dia ada manafaat dalam masa yang sama ada mudarat.
    Macam kita guna kertas majalah ada gambar aurat wanita, kita proses semula untuk buat cetakan quran dan hadis (contoh) nampak tak salah tapi ada kesan.

    BAYAN MAULANA HAMID
    Orang alim bagi contoh, ada satu orang duduk rumah dua tingkat, yang duduk tingkat atas ialah seorang tua dan dia sendirian, dan seorang tua juga duduk tingkat bawah. Suatu hari orang tua yang duduk di tingkat bawah didatangi tetamu. Maka orang tua itu nak buat air teh sebagai hidangan kepada tetamunya. Bila nak buat teh di dapur, tengok2 susu telah habis.

    Maka dia jerit kpd jiran dia yg duduk di tingkat atas. "Awak ada susu tak?"
    Jiran dia jawap "Ada".
    Dia berkata lagi "Boleh tak awak tolong turun bawah hantarkan susu kepada saya, saya ada tetamu?"
    Jiran dia jawap "saya tak boleh turun tangga, sakit kaki! awak naiklah ambik!"
    Dia pun jawap "saya pun tak boleh naik, kaki saya sakit!"

    Maka jiran dia jawap "Takpelah, saya tuang dari drain sinki punya paip tu, dari atas ni paip tu sambung kat bawah, kemudian awak tahan kat bawah!"

    Dia pun jawap "Baiklah.." Maka susu jugak yang keluar dari saluran paip bawah tu, tak berubah, rupa dan rasa pun macam susu, lepas tu dia guna buat teh Kaw! punya..tapi tergamak tak tuan2 utk minum teh tersebut?

    Susu memang susu, tapi jalan yang dia datang tu dari jalan yang yang tak betul, jalan kotor, jalan yang mana tempat orang buang air basuhan tangan, basuh pinggan dan berludah. Ada benda2 yang kita tak nampak spt kuman2 dan bakteria2, bila minum teh tu kena sakit perut.

    Inilah tuan2 mulia,contoh apabila kita belajar ilmu ikut saluran yang tak betul. Umat hari ini tengah "sakit perut". Umat hari ini mencela alim ulama terdahulu. Kita apa pun tak belajar, dengan angkuhnya kita mencela alim ulama zaman dahulu yang mana mereka telah korbankan seluruh kehidupan mereka untuk agama. Tiada sedikitpun kepentingan dunia dalam diri mereka dan dalam menulis kitab2 mereka.

    Oleh itu tuan2 yang mulia kita kena belajar ilmu dari saluran yang betul, barulah datang amal yang betul dan faham yang betul.

    Petikan Bayan: Syaikhul Hadis Maulana Che Hamid Chin

    #BayanMaulana

    ReplyDelete