Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Petua Merawat Kencing Manis

Friday, November 2, 2012

Pilihan 1: Dapatkan ubi kentang biasa, rebus (tanpa garam atau bakar menggunakan oven). Apabila sudah cukup masak, hidangkan untuk dimakan sebelum tidur atau makan sebelah malam ataupun sebelah pagi. Ubi kentang bersifat menyerap segala yang manis dan masin berlebihan yang ada di dalam badan. Amalkan selama 2 atau 3 minggu.

Pilihan 2: Minum perahan 4 atau 5 biji peria setiap pagi. Bijinya dicampur ke dalam makanan dan ia juga boleh dijadikan air rebusan atau serbuk.

Pilihan 3: Ambil rebung buluh kuning, basuh bersih-bersih kemudian direbus dengan kulit kerang yang baharu. Cara merebus rebung buluh kuning ialah dengan menggunakan periuk tanah dengan memasukkan 1 ½ liter air dengan api yang sederhana. Sesudah air rebusan tinggal ¼ bahagian, angkat dan sejukkan. Anda boleh minum setiap pagi untuk sekali sehari. Tiada pantang larang semasa mengamalkan ubat tradisional ini.

Pilihan 4: Ambil kulit pokok petai dan masukkan ke dalam kelongsong ketupat yang kosong dan rebus di atas perapian. Minum air tersebut 3 kali sehari.

Pilihan 5: Ambil 5 kulit buah jering (tanpa isi) dan goreng tanpa minyak. Goreng sehingga garing. Kemudian tumbuk sehingga halus. ambil 1 sudu teh debu kulit jering tersebut dan bancuh dengan air serbuk kopi yang hendak diminum. Minum air tersebut 2 kali sehari.

Pilihan 6: Cabut sebatang pokok matahari dan akarnya sekali. Potong batangnya kira-kira ½ h sentimeter daripada bahagian akar dan cuci dengan air bersih. Masak akar itu dengan air sehingga mendidih. Biarkan ia kering sehingga sukatan airnya tinggal segelas sahaja. Sejukkan air itu, kemudian tapis sebelum minum. Amalkan selama 9 hari berturut-turut.

Pilihan 7: Ambil daun hempedu bumi atau dikenali juga Daun Cerita. Kunyah daun itu dan telan ataupun rebus pokoknya bersama-sama akarnya dan minum air rebusan itu. Jangan minum kopi kerana kandungan gula dalam kopi tinggi.

Pilihan 8: Ambil segenggam isi petai jawa atau petai belalang yang sudah tua (berwarna coklat kehitaman). Basuh dan rebus bersama air yang banyak. Jangan ditambah air. Cukup hanya sekali tetapi banyak. Masak di atas api arang selama 5 jam. Minum setiap kali anda berasa dahaga.

No comments:

Post a Comment