Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Faktor Pembangunan dan Kemunduran Pengajian Sains Islam Silam

Tuesday, September 6, 2011

Alias bin Azhar, Faktor Pembangunan dan Kemunduran Pengajian Sains Islam Silam


Syed Hossein Nasr (1984) ... menegaskan bahawa sumber pemangkin ketamadunan Islam terdiri daripda:
1. Kekuatan ajaran Islam yang bersumberkan Al-Quran dan al-Sunnah.
2. Tamadun-tamadun yang membangun sejajar dengan perkembangan Islam tetapi tidak bercanggah dengan prinsip2 Islam [1]


"Sifat keterbukaan yang wujud dalam budaya ketamadunan dan keilmuan Islam ini merupakan faktor dalaman yang mendorong umat Islam menguasai ilmu sains dengan cemerlang dan gemilang, sehingga aplikasi dan implikasi sains juga menjadi lebih realistik dan bukan sekadar mistik." [2] Persoalan: Adakah 'Keterbukaan' yang dibicarakan oleh penulis sama dengan konsep 'Open-source' yang dibincangkan oleh Gary R. Bunt dalam bukunya iMuslim? [3]


Dr.Azhar bin Alias membicarakan 'keterbukaan' Islam dari segi penerimaan Islam terhadap tamadun luar dan tidak bertentangan dengan prinsip Islam. Manakala Gary R. Bunt membicarakan 'open-source' sebagai "The notion of Islamic knowledge development through history also had an open-source element." Di mana aktiviti pengumpulan hadith bergerak di seluruh dunia Islam dan kemudian terkumpul di pusat pengajian Islam utama pada ketika itu.


Penyaringan ilmu Yunani sebagaimana yang dinyatakan oleh Alias bin Azhar hendaklah difahami secara jelas. Ia tidak dapat dilakukan dengan baik andainya mereka yang terlibat dalam usaha mendalami ilmu Yunani tersebut seorang yang tiada kepakaran dalam ilmu Islam itu sendiri serta mereka yang mempunyai akidah yang lemah. Kelemahan tersebut akan mengakibat penyaring akan mudah terpengaruh dengan idea-idea dan fahaman Yunani dan proses penyaringan tidak dapat dilakukan dengan baik. Kerana itulah tiba satu peringkat di mana Imam Ghazali menghalang daripada pembelajaran ilmu falsafah kerana mereka yang terlibat dalam pembelajaran tersebut terdiri daripada mereka yang berbagai peringkat dan level kefahaman dan akidah Islam.


" ... konsep kesatuan ilmu merupakan prinsip asasi dan utama dalam tradisi dan epistemologi serta institusi pengajian Islam." pp.49.


"Sebagai contoh ... tokoh agama semasa seperti al-Ghazali ..... berjaya membuktikan bahawa beberapa asas metafizik .... teori sains bercanggah dengan metafizik Islam." (Alias bin Azhar, hlm.50) (ruj. Osman Bakar)


"Tidak terdapat catatan perkembangan ..." p.49. Persoalan mengapa tiada catatan atau catatan yang telah dihapuskan ...


"Beberapa teori telah dikemukakan ..." Bagaimana teori dirangka ...


Teori kejatuhan sains Islam silam terdapat 2 faktor pengaruh iaitu dalaman dan luaran (Hairuddin Harun 1992, Alias bin Azhar, p.50). Faktor dalaman iaitu aspek teologikal dan epistemologikal. Aspek teologikal spt pandangan bahawa kajian falsafah boleh menghakis keimanan. Aspek epistemologikal yg berkaitan perbahasan ilmiah mencetuskan sikap pragmatis terhadap sains. p.50


"al-Ghazali berjaya membuktikan bahawa beberapa asas metafizik ... teori sains bercanggah dengan metafizik Islam" (Alias bin Azhar, p.50) Walaupun telah dibuktikan, mengapakan 'cendikiawan Islam' meletakkan atau sentiasa 'meratib' bahwa al-Ghazali punca kejatuhan sains Islam silam? Mungkin pada cendikiawan ini perlu mendengar pandangan Dr.Yusof Qardhawi berkaitan teori Fiqh Keutamaan.


" ... halangan intelektual .... proses pemisahan ..." p.50. Siapa yang membuat pengasingan tersebut? Apakah sebab pengasingan dibuat ketika masa tersebut? Kajian perlu dilakukan berdasarkan persoalan tadi dan bukannya menuding jari dan menjadikan keputusan cendikiawan terdahulu sebagai satu halangan dan sebab kejatuhan.


"Namun begitu, pandangan Mohammad Ilyas (2003), ..." p.50. Penyelidik berpandangan bahawa itulah sebenarnya pandangan dan sikap ilmuan Islam terdahulu. Tetapi .... ilmu mereka ketika itu tiada pengkhusuan spt sains, fizik dll. dan ia setakat keperluan untuk menyelesaikan persoalan yang timbul serta tiada tumpuan khusus pd bidang tersebut.


"Faktor dalaman ... spekulasi negatif terhadap saintis Islam ... mewujudkan konflik zahir ..." (M.Husain Sardar 1991, Alias bin Azhar, p.51). Menurut penulis konflik ini membawa kepada pensekularan ilmu.


"Mu'tazilah ... komuniti intelektual Islam yang melampau dalam penggunaan akal (Fadzlullah Shuib 1995) ...


Akhirnya, timbul persoalan dalam benak penyelidik 'adakah penulis mempunyai pegangan 'alla mazhabiyah' dan tidak bersetuju dengan taqlid?'. p.51-53.


" ... fatwa sempit ..." (Alias bin Azhar, p.54). Penyelidik berpendapat dalam kajian sejarah, pengkaji seharusnya mengkaji lebih terperinci dan bukan hanya setakat fakta dan kesan tindakan, tetapi hikmah disebalik tindakan dan keputusan.


______________________________
Nota:


[1] Alias bin Azhar, Faktor Pembangunan dan Kemunduran Pengajian Sains Islam Silam, Jurnal Hadhari Bil. 3 (2010) 43-59, Institute of Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia.
[3] Gary R. Bunt (2009), iMuslims Rewiring the House of Islam, pp.2-3.

1 comment:

  1. Dr.Azhar bin Alias membicarakan ‘keterbukaan’ Islam dari segi penerimaan Islam terhadap tamadun luar dan tidak bertentangan dengan prinsip Islam. Manakala Gary R. Bunt membicarakan ‘open-source’ sebagai “The notion of Islamic knowledge development through history also had an open-source element.” Di mana aktiviti pengumpulan hadith bergerak di seluruh dunia Islam dan kemudian terkumpul di pusat pengajian Islam utama pada ketika itu.

    Dr.Azhar bin Alias membicarakan ‘keterbukaan’ Islam dari segi penerimaan Islam terhadap tamadun luar dan tidak bertentangan dengan prinsip Islam. Manakala Gary R. Bunt membicarakan ‘open-source’ sebagai “The notion of Islamic knowledge development through history also had an open-source element.” Di mana aktiviti pengumpulan hadith bergerak di seluruh dunia Islam dan kemudian terkumpul di pusat pengajian Islam utama pada ketika itu.

    ReplyDelete