Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Aminudin Basir @ Ahmad, Kebebasan Media Komunikasi Menurut Perspektif Islam

Tuesday, September 20, 2011

ABSTRAK


Media komunikasi tidak dapat dipisahkan daripada mesej. Untuk memperoleh mesej yang telus dan benar, kebebasan diperlukan. Tanpa kebebasan mesej, media komunikasi tidak dapat mencapai matlamat yang dikehendaki. Untuk menjaga kepentingan masyarakat awam dan keselamatan negara, kebebasan media dalam memperoleh mesej dan menyampaikannya perlu bergerak dalam lingkungan undang-undang serta berpegang teguh pada akhlak dan etika yang luhur. Justeru, ajaran Islam perlu dijadikan dasar dan panduan utama dalam membentuk garis panduan kebebasan media komunikasi dan amalan etika pengamal media komunikasi negara. Para pengguna media komunikasi pula perlu memilih mesej yang memberi manfaat berlandaskan prinsip akhlak yang mulia. Untuk memastikan media komunikasi bergerak sebagai pendidik masyarakat sebenar, penguatkuasaan undang-undang perlu tegas. Pihak universiti perlu tampil menggariskan kurikulum media komunikasi yang lebih berbudaya dan berakhlak mulia. Tindakan mewujudkan panel syariah sebagai penasihat badan media komunikasi juga perlu disegerakan. Daripada analisis dokumen didapati terdapat akta yang berkaitan dengan kebebasan media komunikasi negara. Melalui analisis juga, kaedah-kaedah ilmu fiqh turut mengemukakan beberapa prinsip yang perlu menjadi panduan dalam amalan kebebasan media komunikasi. Justeru, artikel ini membincangkan kebebasan media komunikasi dari perspektif Islam.


Kata Kunci: Kebebasan media, Media Komunikasi, Perspektif Islam.


______________________________
Nota:
[1] Aminudin Basir @ Ahmad, Mohamad Sabri Haron, Nik Yusri Musa, Kebebasan Media Komunikasi Menurut Perspektif Islam, Jurnal Hadhari Bil. 2 (2009) 65-82, JAKIM dan Institute of Islam Hadhari, UKM.

6 comments:

  1. Untuk memperoleh mesej yang telus dan benar, kebebasan diperlukan. Tanpa kebebasan mesej, media komunikasi tidak dapat mencapai matlamat yang dikehendaki. Untuk menjaga kepentingan masyarakat awam dan keselamatan negara, kebebasan media dalam memperoleh mesej dan menyampaikannya perlu bergerak dalam lingkungan undang-undang serta berpegang teguh pada akhlak dan etika yang luhur

    ReplyDelete
  2. ... (Pihak media dan komunikasi) perlulah menyedari peranan, etika dan kebebasan yang diberikan terutamanya dalam usaha membantu pihak kerajaan mendidik masyarakat agar menjadi knowledge society yang dihasrat kerajaan ...

    ReplyDelete
  3. ... media komunikasi membekalkan mesej atau maklumat sama ada yang berfaedah atau sebaliknya kepada seseorang dengan tujuan mempengaruhi sesuatu perkara.

    ReplyDelete
  4. Menurutnya media berupaya mempengaruhi sebilangan besar golongan remaja dan belia menerusi pelbagai program yang disajikan. Walaupun bukan semua program tersebut mendatangkan kesan yang negatif, namun tanpa bimbingan dan didikan yang baik serta pemilihan dan penapisan program secara yang lebih teliti, dikhuatiri golongan tersebut membesar dengan pemikiran yang terjajah oleh media.

    ReplyDelete
  5. ... kajian yang dijalankan oleh Musa Abu Hasan (1996) mendapati bahawa media komunikasi memberi kesan mendalam terhadap perubahan belia melibatkan tiga aspek yang utama iaitu kognitif, afektif dan psikomotor.

    ReplyDelete
  6. Oleh kerana liputan media dilihat mampu memberikan semacam status atau keabsahan terhadap apa sahaja yang disampaikan, maka ia berkuasa membentuk tanggapan masyarakat mengenai banyak hal ...

    ReplyDelete