Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Ilmuan Islam dan Kepentingan Kajian Masa Hadapan (Future Studies)

Monday, August 15, 2011

Idris Zakaria, Ilmuan Islam dan Kepentingan Kajian Masa Hadapan (Future Studies)


Masa hadapan itu adalah sekarang (now). Ruang waktu yang mempunyai potensi untuk dikawal manusia adalah masa hadapan, yang mana titik mulanya adalah pada saat dan waktu ini, atau masa kini. [1]


Menurut analisa Alvin Toffler dalam bukunya yang terkenal, Future Shock, perubahan zaman sejak tiga dekad kebelakangan ini berlaku dengan kadar yang terlalu pantas sehingga menimbulkan gejala kejutan masa hadapan (future shock). Akibatnya jutaan manusia akan mengalami perasaan kehilangan orientasi diri, serta ketidakmampuan menghadapi lingkungan secara rasional. (Toffler, 1973.5) [2]


Metodologi yang dicipta untuk memahami fenomena perubahan seperti teknik Delphi, Trend Extrapolation, Simulation, Scenario-writing etc. [3]


Kalim Siddiqui (Towards A New Destiny, 1974) menekankan bahawa umat Islam perlu bergerak kehadapan, menggera para intelektual Muslim supaya menghasilkan blueprint suatu program bagi menggaris kerangka konseptual dan operasional secara tindakan untuk membentuk dan membina kembali sistem politik dan sosio-ekonomi dalam masyarakat Islam. [4]


Prof. Ziuddin Sardar dikenalpasti benar-benar autoritatif dengan outline dan kandungan yang jelas mengintegrasikan Kajian Masa Hadapan dengan pemikiran Islam semasa melalui karyanya The Future of Muslim. [5]


Civilization (1979) dan Islamic Future: The Shape of Ideas to Come (1985), hanya setelah proses memahami dan menerima idealisme futuristik tersebut baru timbul penghuraian dan perbahasan. The Future of Muslim Civilization (1988), Sardar menggariskan kepentingan pemikiran futuristik sebagai suatu alat membangunkan paradigma dan metodologi baru dalam memahami dan mengimplementasi ajaran Islam secara kontekstual dan praktikal untuk menjana kembali kegemilangan tamadun umat Islam. satu model yang telah dibangunkan beliau adalah Projek Umran. [6]


-------> read pp.26


___________
Nota:
[1] Ahmad Sunawari Long, Jaffary Awang, Kamaruddin Salleh, Islam: Past, Present and Future, International Seminar on Islamic Thoughts Proceedings, 7-9 December 2004, Department of Theology and Philosophy, Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia.
[2] Ibid.
[3] Ibid.
[4] Ibid.
[5] Ibid.
[6] Ibid.

No comments:

Post a Comment