Abdullah Sulong, Mawaddah Abdullah. Pengaruh Media Elektronik Terhadap Keruntuhan Akhlak Pelajar, Publisher: Skudai :Universiti Teknologi Malaysia, Thesis Notes: Project Paper (Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)) - Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Call Number: LB3012.4.M3 M38 2008 raf
Ini adalah kertas projek dari Jurnal Pendidikan yang ditulis oleh Abdullah Sulong dan Mawaddah Abdullah. Objektif kajian adalah untuk melihat wujudnya hubungan antara media elektronik dengan keruntuhan akhlak di kalangan pelajar. Kajian dijalankan secara soalselidik di mana 91 responden telah dipilih. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan bahawa pengaruh media memberikan kesan yang negatif terhadap akhlak pelajar umumnya.
Hubungan dengan kajian menunjukkan kepentingan pengetahuan fiqh diterapkan di kalangan pengguna supaya mereka dapat menggunakan ICT dengan cara yang lebih bermanfaat. Kerosakan media bukanlah penyebab kejatuhan akhlak pelajar, tetapi kefahaman mereka yang silap dengan menerima media yang merosakkan.
Analisis secara inferensi dilakukan menggunakan pekali korelasi Pearson (r) dan regrasi (r2) untuk melihat hubungan dan pengaruh yang wujud antara kedua-dua angkubah.
ReplyDeleteMedia merupakan satu alat yang mampu merangsang dan mempengaruhi sikap serta
ReplyDeletetingkah laku individu atau masyarakat merangkumi semua aspek kehidupan manusia.
... belia kini lebih berminat menonton televisyen, mendengar radio, berinteraksi dengan komputer sama ada bermain ‘game’ komputer atau melayari internet daripada bersemuka
ReplyDeletedengan ibu bapa dan ahli keluarga.
Di samping itu juga, kerancakan perkembangan teknologi telekomunikasi dan perkembangan dalam industri serta organisasi media yang memperluaskan liputan di setiap pelusuk dunia tanpa mempunyai tapisan dan tiada pemantauan yang sewajarnya daripada pihak yang bertanggungjawab memungkinkan remaja terdedah kepada pengaruh yang negatif. Hal ini kerana, melalui penayangan program di kaca televisyen sebagai contohnya dilihat banyak mengandungi unsur-unsur yang ditiru daripada budaya asing.
ReplyDeleteJusteru, polemik tentang isu-isu sosial remaja di negara ini sebenarnya hasil daripada
ReplyDeletepengaruh industri media.
Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk deskriptif dan inferensi bagi melihat hubungan serta pengaruh media elektronik dalam menyumbang kepada keruntuhan akhlak pelajar.
ReplyDeleteKajian inferensi adalah bertujuan bagi melihat pengaruh (r2) dan hubungan (r) antara
ReplyDeletepembolehubah bersandar dan pembolehubah bebas.