Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Islamic World View

Sunday, February 13, 2011

Sabda Nabi Muhammad s.a.w,
“Generasi yang terbaik ialah generasi zamanku (Sahabat), kemudian generasi berikutnya (tabien), dan seterusnya generasi yang lahir selepas generasi kedua itu: (Atbaut Tabien)”.
Rasulullah s.a.w. telah mengiktiraf zamannya dan 2 zaman selepasnya sebagai zaman terbaik. Manakala para ilmuan Islam kini mengatakan bahawa zaman kegemilangan Islam adalah zaman berkembangnya ilmu di Baghdad dan Cordova.

Persoalan: 
  1. Apakah takrifan terbaik atau apakah yang dimaksudkan terbaik oleh Rasulullah s.a.w.?
  2. Adakah hadith atau kata-kata Rasulullah yang menceritakan tentang zaman yang dibanggakan oleh ilmuan Islam itu?
  3. Tidakkah ini menunjukkan terdapat perbezaan tasawwur antara ilmuan Islam dengan tasawwur Rasulullah?
  4. Mungkinkah terdapat sumber yang menunjukkan bahawa ilmuan Islam ada juga merujuk kepada 3 zaman terbaik terawal dalam tulisan-tulisan mereka?
  5. Mungkinkah juga ilmuan Islam pada zaman kegemilangan Islam iaitu di Baghdad dan Cordova ada merujuk kepada zaman Rasulullah dan 2 zaman selepasnya dalam penulisan mereka atau dalam merangka kehidupan bermasyarakat pada zaman mereka?
  6. Adakah pernah kajian khusus dilakukan terhadap tasawwur 3 kurun terbaik oleh para ilmuan Islam dahulu dan kini?
  7. Adakah terdapat elemen lain yang juga penting selain dari tasawwur yang betul, yang membantu kemenangan Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya dalam peperangan Badar?
  8. Apakah tahap tertinggi tasawwur dalam Islam? Adakah haqqul yaqin juga merupakah sebahagian daripada tasawwur?
Dapatan awal peribadi:

  • Tiada perbezaan antara tasawwur Rasulullah dengan tasawwur ilmuan Islam. Ilmuan Islam hanya memperincikan perkara yang umum daripada tasawwur Rasululah s.a.w. [ya/tidak]
"Whether or not we realize it, we all have worldviews! We each have presuppositions that influence our outlook on life. A worldview has been compared to a lens which alters the way we view life and how we perceive the world we live in. There are a variety of worldviews. What is your worldview? Is your lens altering your outlook?"
Persoalan:

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan 'lens' tersebut?
"Islamic Worldview – The BasicsThe Islamic worldview is grounded in Allah (God), Mohammad (the ultimate and final prophet of Allah), and the Qur’an (the Word of Allah delivered through Mohammad beginning in about 610 AD). Islam means submission to Allah and a Muslim is one submitted to Allah. About 1/5th of the world’s population is Muslim, about three-quarters of which are non-Arabs. Our friends at Summit Ministries have helped us explain the basics of the Islamic worldview across ten major categories. For comprehensive coverage of each concept, please click on READ MORE at the end of each paragraph.
Islamic Worldview – ConclusionThe Islamic worldview began with the birth of Mohammad in 570 AD. By 650 AD, the canon of the Qur’an was established, and significant conquests in the name of Islam were underway, including Mecca, Damascus, Jerusalem, Egypt, and Persia. Today, the Islamic worldview has approximately 1.2 billion followers. Obviously, the Islamic worldview is an important part of any comparative worldview curriculum."
Dapatan awal peribadi:
  • Timbulnya keperluan kepada semua perkara di atas adalah setelah berkembangannya Islam dan kemasukan ramai bukan Islam yang berlainan dari bangsa Arab serta membawa bersama mereka idea-idea dan adat-adat mereka sendiri. Pengaruh-pengaruh agama asal masih lagi mengelabungi pandangan mereka kepada hakikat Islam. Saya merasakan bahawa permasalahan ini hanya dapat diatasi jika umat Islam kembali kepada ajaran asal Rasulullah s.a.w. Sebagai contoh dalam pemakanan. Telah menjadi kebiasaan kepada kita untuk menggunakan perasa dalam masakan. Melalui Sains Halal, perasa telah dikaji dan didapati kandungannya halal. Jika kita kembali kepada asal tujuan 'makan', maka tidak perlu kepada bahan perasa dan kita lebih suka menggunakan yang asli dan tulen, bukannya bahan perasa. [ya/tidak]
Islamic Politics 
“Tuhan membantu negara yang adil meskipun kafir, dan tidak membantu negara yang zalim meskipun beriman.”
Ibnu Taimiyah (1263-1328)
“Segala tindakan yang menyangkut hak orang-orang lain yang tujuannya tak sesuai dengan kepublikan adalah tak adil.”
Immanuel Kant (1724-1804)
"Membicarakan tentang pemikiran politik Islam dan Barat seperti membicarakan kakak-beradik yang telah lama terpisah jauh. Pada awalnya mereka berasal dari rahim yang sama, kemudian berkembang dalam lingkungan dan tradisi yang berbeda, dan berakhir dengan perjumpaan yang hangat dan saling merindukan."
More to read;

No comments:

Post a Comment