Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang mencengkam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa rias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roma mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyak hidupnya. Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk".
Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatakala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya, doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." "Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Saya takut mengatakannya." jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa. Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya ......telah berzina." Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak.
Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun......lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya....... cekik lehernya sampai......tewas", ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan bejad, enyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu. Pergi! ..." teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata karena jijik.
Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk ke luar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mau dibawa ke mana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar daripada kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril.
"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?" "Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran. "Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina". Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.
Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepadaNya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.
Sumber : 30 Kisah Teladan oleh KH Abdurrahman Arroisy
Keterangan :
Dalam hadith Nabi s.a.w. disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'abah.
Dalam hadith yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia. Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita penzina dan dua hadith Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah.
Tags :
30 Kisah Teladan, anak haram, anak luar nikah, bersetubuh dengan ibunya, bertaubat dari dosa, bohsia, buang anak, bunuh anak, cekik leher, delapan puluh tahun, dosa besar, dosa lebih besar, GRO, hamil, Jibrail, KH Abdurrahman Arroisy, membakar 70 buah Al-Qur’an, membunuh 70 nabi, mencekik anak, meninggalkan solat dengan sengaja, meremeh perintah Allah, meremeh perintah Tuhan, Musa a.s., pelacur, penzina, perempuan pelacur, perempuan penzina, pergaulan bebas, pergaulan tanpa batas, remaja, satu huqub, seks bebas, sembahyang tidak wajib, seribu kali berzina, seribu tahun dunia, solat tidak wajib, tanpa menyesal, tanpa penyesalan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Copy dari group sebelah....
ReplyDeleteAIR TANGAN ORANG YANG TIDAK SOLAT.
Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat
adalah dosa besar, malahan orang yang tidak solat
lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau
meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada
zaman Nabi Musa a.s.
Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki
yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu
terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat
anak, aku akan minum air kencing anjing hitam."
Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki
tadi pun hamil dan melahirkan anak.
Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar
nak kena minum air kencing anjing hitam.
Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan
syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad.
Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka
tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah.
Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar,
walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu,
si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah
hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan
menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.
Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu
minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air
yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.
Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah
air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang
meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun
senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh
Nabi Musa tadi.
Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan
solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung
rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu
baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.
Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan
masakan ibu atau isteri kita.
Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke
dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya.
Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang
dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak
gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat.
Tak tergamak kan?Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni.
Pagi petang, mamak. Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak
segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun
makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab
tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati- hati dengan apa yang kita makan.
Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-
kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam),
"As-solah as Solah wa amalakat aimanukum".
Maksudnya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan
dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah
tanggunganmu.."
p/s : Ambillah pengajaran dari kisah ini untuk ahli
keluarga kita bersama.
Selepas baca, mohon share..
Credit https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10220756869968194&id=1130738972
PESANAN UNTUK ORANG YANG LALAI MACAM SAYA
ReplyDeleteOleh: Aiman Banna.
Kita cinta Allah bukan..?
Bukti kita CINTA ALLAH ialah dengan MENJAGA SOLAT. Solat ialah manifestasi cinta kita kepada Allah azza wa jalla. Buktikan kita cinta Allah dengan sempurnakan solat; sebaik-baik sempurna yang kita mampu.
Jadi, bila kita cinta Allah, kita akan jaga solat sebaik-baiknya.
Kita tidak akan sesekali cuba untuk meringan-ringakan solat dengan sengaja.
Kawan,
Bila kita suka ringan-ringankan solat, ingatlah...
1. Seksaan bukan kat akhirat je.
2. Seksaan direct terus ke dunia pun ada!
---
Di saat kita memikirkan kenapa;
-Orang selalu tak suka kita
-Ramai orang dengki dan benci
Muhasabahlah bagaimana kualiti solat kita...
Di saat kita memikirkan kenapa;
-Kenapa rezeki selalu tak cukup
-Kenapa rezeki cepat habis
Muhasabahlah bagaimana kualiti solat kita...
Di saat kita memikirkan kenapa;
-Masa berlalu terlalu cepat
-Kenapa rasa tak puas kat dunia
Muhasabahlah bagaimana kualiti solat kita...
---
Kawan,
Bila kita ringan-ringankan solat,
Solat pun tak serious...
1. Segala amalan kita TIADA GANJARAN.
2. Doa TIDAK DIANGKAT KE LANGIT.
----
Ini berdasarkan Hadis Nabi;
Siapa yang meringan-ringankan solat,
Dibalas ke atasnya;
15 jenis seksaan.
6 di dunia.
3 saat kematian.
3 dalam kubur
3 saat bertemu Tuhan
6 seksaan di dunia untuk mereka yang ringankan solat
1. Allah ambil berkat dari usianya.
2. Allah ambil berkat dari rezekinya
3. Allah ambil ciri (tanda) orang soleh pada mukanya
4. Tidak terpelihara Islamnya
5. Setiap amalan di dunia TIADA ganjaran.
6. Doanya tidak diangkat oleh malaikat.
3 seksaan semasa mati untuk mereka yang ringankan solat
1. Mati dalam keadaan hina.
2. Mati dalam kelaparan.
3. Mati dalam dahaga yg amat.
Matinya orang yang ringankan solat ini sehingga jika dituang air yang ada di dunia sekalipun tidak akan hilang dahaganya.
Astaghfirullah!
3 seksaan dalam kubur untuk mereka yang ringankan solat
1. Kubur disempitkan dan Allah suruh para malaikat seksa hingga hari kiamat.
2. Diseksa oleh beberapa ekor ular yang bernama al-Syuja' ak-Akra'
3. Diseksa oleh malaikat yang kukunya drpd besi khasrani. Tangannya ada tukul besi.
3 seksaan ketika bertemu Tuhan untuk mereka yang ringankan solat
1. Allah perintahkan malaikat untuk menyeksanya dengan rantai panjang.
2. Allah tidak pandang kepadanya dengan pandangan rahmat.
3. Tiada pilihan baginya selain mendapat seksaan yang pedih.
---
Solat itu tiang agama.
Siapa yang dirikannya maka dia telah dirikan agama.
Siapa yang tinggalkannya maka seolah-olah dia runtuhkan agama.
Telusurilah Surah Al-Bayyinah, ayat 5: "Dan supaya mereka MENDIRIKAN SOLAT dan tunaikan zakat, dan itulah AGAMA YANG BETUL."
Tadabburlah!
Orang yang solat sepatutnya...
- beradab soleh.
- mahmudah akhlaqnya.
Jika perangai kita hampeh dan kureng,
Maka muhasabahlah solat kita!
Tiada perbezaan antara muslim dan munafik melainkan dengan perbuatan MENINGGALKAN SOLAT.
Munafiq itu tempatnya neraka...
Na'uzubillah!
Kenal Nabi Muhammad?
Cinta tak kepada baginda?
Rasulullah ada bagi satu nasihat pesanan untuk kita ketika AKHIR HAYAT baginda... Ingatlah ini, ini nasihat ketika roh Nabi sampai pada dadanya baginda berpesan:
"Pesananku kepada kamu, janganlah kamu meninggalkan solat!"
Allahuakbar, solat masih dinasihat diakhir hayat. Tidakkah kita nampak bahawa solat ini benda yang sangat perlu diambil berat!?
"Cinta Allah ke tak?"
Soal kepada diri dalam hati.
"Kalau ya, apa buktinya..?"
Muhasabahlah diri, apa bukti kita cinta Allah?
Kawanku, ini nasihat terakhirku;
Dunia sementara,
Akhirat selama-lamanya!
Kembalilah kepada Allah,
Moga Allah redha akan kita,
Moga Allah kurniakan kita Syurga.
Yang dambakan Syurga seperti kamu,
Aiman Banna,
Seorang hamba