Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Showing posts with label Imam al-Ghazali. Show all posts
Showing posts with label Imam al-Ghazali. Show all posts

Ihsan terhadap lalat

Tuesday, November 25, 2014

Imam asy-Sya'rani bercerita: Seseorg bermimpi bertemu Imam Ghazali setelah beliau wafat. Orang itu bertanya: "Bagaimanakah Allah memperlakukanmu?" Lantas beliau menjawab: "Allah mengampuniku kerana suatu hari aku membiarkan seekor lalat minum daripada tinta yang sedang aku guna untuk menulis."

Pengaruh ulama Su'

Thursday, May 29, 2014

Dajjal itu tujuannya sudah jelas untuk menyesatkan manusia tetapi ulama Su' ini walaupun lidahnya pandai memalingkan orang lain daripada cinta dunia, namun amal dan perbuatan mereka adalah mengajak orang lain membuat kejahatan kerana amalan seseorang itu lebih berkesan daripada percakapannya. Dan orang ramai lebih mudah tertarik dengan perbuatan ulama Su' daripada perkataan mereka.

Bilakah malaikat menghamparkan sayapnya untuk penuntut ilmu?

Tuesday, May 20, 2014

Jika niat anda di dalam mencari ilmu itu untuk mencari keredhaan Allah dan mencari hidayah, bukan semata-mata untuk pandai bercakap maka hendaklah engkau bergembira, kerana para malaikat telah mengembangkan sayapnya apabila engkau berjalan dan ikan yang ada di dalam laut semuanya meminta ampun bagimu apabila engkau berjalan.

Petikan dari Kitab Bidayatul Hidayah oleh Imam Ghazali