Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Penerimaan Allah

Thursday, March 3, 2022

Allah swt telah terima markaz Nizamuddin sebagai satu markaz dan Allah telah terima Nizamuddin sebagai rujukan satu dunia untuk bawa kerja ini drpd mula kerja dibuat sehingga ke hari ini.

Suatu hari Maulana Ilyas duduk di beranda Nizamuddin. Ml Yusuf beri bayan di dalam masjid 50 org, 100 org. Maulana Ilyas mundar mandir dlm keadaan resah gelisah. Setelah beberapa lama, Ml Ubaidullah tidak dpt menahan melihat keadaan Ml Ilyas. Ml Ilyas kata aku risau dan memikirkan Allah telah ambil usaha ini drpd aku. Setelah aku mati siapakah yg akan ambil usaha ini drpd aku.

Ml Ilyas sentiasa risau adakah kerja ini bertepatan dengan kerja Nabi saw. Ml Ilyas sering berkata bahawa jangan terima apa yang dikatakan kerana ia datang daripada Ml Ilyas tetapi ulama hendaklah lihat Quran dan hadis Nabi saw.

Jika kerja ini adalah kerja Nabi sudah pasti kerja ini tidak akan terhenti dan tidak akan mati sehinggalah datangnya Imam Mahdi rahimahullah

Kita lihat hari ini majma berkumpul begitu ramai, ribuan bahkan ratus ribu, tetapi kita tidak dapat bayangkan betapa banyak pengorbanan, tangisan yang telah ditumpahkan untuk kerja ini. Betapa banyak orang dulu2 telah menangis untuk kita. Berapa banyak pengorbanan telah dibuat untuk kita.

Maulana Syaukat kata saya dapati bantal Maulana Yusuf basah dengan air mata. Seringkali Maulana Yusuf tidak tidur sepanjang malam kerana menangis untuk kita.

Dulu di Nizamuddin sering Maulana Yusuf dan pelajar2 Mewat yang bersama dengannya dalam keadaan tiada makanan. Pernah satu ketika gandum telah habis di Madrasah Nizamuddin, dalam keadaan lapar Ml Yusuf telah kikis baki gandum dalam bekas gandum. Sehingga Ml Ilyas lihat dan tanya Maulana Yusuf. Ml Yusuf telah menangis dan Ml Ilyas faham bahawa Ml Yusuf dan juga pelajar2 yang lain dalam keadaan lapar. Sehingga Ml Ilyas telah masuk ke dalam bilik dan tawajjuh serta doa kepada Allah. Setelah itu Ml Ilyas telah keluar dengan muka ceria dan beritahu mula daripada hari ini kamu tidak akan lapar lagi.

Apabila Allah telah terima satu usaha, Allah akan pelihara usaha tersebut, orang yang buat usaha dan tempat mula usaha itu dibuat. Allah telah terima usaha ini diseluruh dunia.

Ml Husain Ahmad Madani beritahu kpd orang Mewat. Kamu orang Mewat kalau kamu tahu nilai usaha ini maka kamu akan mati kerana gembira.

Jika takaza usaha ini dibentangkan kepada kamu dan kamu masih teragak2 kerana lihat duit yang kurang, keadaan yg kurang, maka ini adalah syirik dan semoga Allah pelihara kita drpd syirik.

Satu kerja dan satu lagi adalah tadbir kerja. Kerja adalah buat usaha sebagaimana kerja yang dibuat oleh Nabi dan sahabat. Jika kita buat kerja sebagaimana Nabi dan sahabat maka Allah akan buat keputusan hidayat untuk seluruh alam.

Ml Syaukat

Mesyuarat 2 Mac 2022

Langkawi

No comments:

Post a Comment