Definisi : 1. kebijaksanaan drpd Allah, kecerdikan: dakwah Islam yg dijalankan mestilah dgn penuh ~ serta bertepatan dgn budaya dan iklim kemalaysiaan; Allah melakukan apa sahaja menurut kehendak-Nya dan sesuai dgn ~ yg telah ditetapkan oleh-Nya; 2. rahsia, kelebihan atau tujuan sebenar di sebalik sesuatu perkara (kejadian, hal dsb): rupa-rupanya kemalangan itu ada ~ di sebaliknya; poligami harus dilihat sbg syariat Allah yg pasti ada ~ dan perlu ditegakkan sekiranya mampu; berhikmah mempunyai hikmah (kebijaksanaan dsb): pendekatan yg ~ dan berhati-hati perlu diambil dlm usaha menyeragamkan undang-undang syariah itu; generasi muda yg sering diperkatakan sbg golongan yg bermasalah harus ditangani dgn cara yg ~ dan penuh rahmat serta kasih sayang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : (hémah) budi pekerti: dia seorang pemuda yg cukup baik, tinggi ~nya dan bersih tutur katanya; ~ yg tinggi budi pekerti yg mulia; berhemah = ~ tinggi mempunyai budi pekerti yg mulia: dia jujur dan ~ tinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[hé.lah] | حيله
Definisi : (hélah) 1. akal, muslihat, tipu daya: ini satu ~ utk memerangkap dia; tipu ~ tipu daya; 2. alasan yg dibuat-buat, dalih: gadis itu selalu mendalihkan lamaran orang yg bukan sesaingnya dgn berbagai-bagai ~; berhelah 1. menggunakan helah (tipu daya); 2. berdalih; menghelah memperdaya, mengakali, menipu; menghelahkan 1. mendalihkan: bahawasanya Tuhan itu sangat mengetahui lahir dan batinnya tidak dapat dihelahkan; 2. sl memperoleh sesuatu dgn helah: kerana hendak ~ wang orang, ia sanggup mengorbankan nama baiknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Sumber https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=helah
No comments:
Post a Comment