Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

SHEIKH IDRIS AL MARBAWI - Penerima tokoh Maal Hijrah yang Pertama

Friday, December 31, 2021

Dilahirkan di Mekah pada tahun 1896, meninggal dunia ketika berusia 93 tahun pada hari Jumaat, 13 Oktober 1989. Dimakamkan di Lubuk Merbau, Kuala Kangsar.

Pada usia 84 tahun, beliau dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh UKM.

Beliau juga merupakan penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah yang Pertama pada tahun 1987 dimana usia beliau ketika itu ialah 91 tahun. Tidak berpidato panjang apabila disuruh bercakap selepas penganugerahan. Hanya sepatah, iaitu Alhamdulillah.. Kemudian terus turun dari pentas.

Beliau menulis kamus ARAB-MELAYU yang pertama dan amat memudahkan bagi jutaan pelajar Melayu yang belajar dalam bidang Islam. Selain itu, beliau mengarang kitab BAHRU AL MAZI sebanyak 22 jilid dimana ianya membincangkan sebanyak 8200 permasalahan agama secara teliti melalui sumber Al Quran dan Hadis. Hebatnya kesan kitab ini, ianya diguna pakai secara meluas di majoriti negara Islam hingga sekarang. Kitab ini ditafsirkan ke sekitar 20 bahasa lain. 

Atas segala sumbangan dan jasa beliau untuk Agama, Bangsa dan Tanah Air, Kerajaan Malaysia mengistiharkan beliau sebagai TOKOH ULAMA NEGARA TERULUNG.

Sepanjang hayatnya, beliau menghasilkan sebanyak 21 karya penulisan Islam. Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment