Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Solat Sunat Di Rumah

Friday, September 3, 2021

Tadi lepas wirid solat Jumaat saya nak menegur sapa orang di sebelah kanan dan kiri, tapi mereka terus solat. Saya beredar, terserempak dgn seorang yg pangkatnya bapa saudara, lantas saya mengucapkan salam kpdnya dan bertanya khabar. Ketika itu dia macam sedang fokus nak takbiratul ihram. Saya beri je salam sekali lagi. Dia menoleh kpd saya dgn cenCERLANGkan mata, tanda marah kerana mengacau dia nak fokus kpd takbiratul ihram tu. 

     Saya nak ingatkan kpd rakan-rakan saya yg mengajar ta'mir atau fardhu عsupaya memperkenalkan masyarakat akan hadith-hadith di bawah ini. Jadikan waktu selepas solat berjamaah di masjid sebagai waktu bertanya khabar. Nak solat sunat di rumah ya. 

     Jangan jadi pengkhianat kpd agama sendiri. 

باب استحباب جعل النوافل في البيت سواء الراتبة وغيرُها والأمر بالتحول للنافلة من موضع الفريضة أَو الفصل بينهما بكلام

Sunat melakukan solat sunat di rumah sama ada sunat Rawatib atau selainnya dan saranan agar berpindah tempat dari tempat menunaikan solat fardhu ke tempat lain ketika hendak mendirikan solat sunat atau memisahkan di antara keduanya dgn berkata-kata atau berbual-bual 

Hadith 

عَنْ زيدِ بنِ ثابتِ رضي الله عنه أَنَّ النَّبيَّ ﷺ قالَ: صلُّوا أَيُّها النَّاسُ فِي بُيُوتِكُمْ، فَإنَّ أفضلَ الصَّلاةِ صلاةُ المَرْءِ في بَيْتِهِ إِلاَّ المكْتُوبَةَ 

متفقٌ عَلَيْهِ.

Dpd Zaid bin Thabit ra bahawa Nabi ﷺ bersabda: solatlah kamu semua wahai manusia di rumah kamu masing-masing. Sesungguhnya seafdhal-afdhal solat itu ialah solat sesaorang di rumahnya melainkan solat fardhu. 

Muttafaqun alaihi. 

وعن ابنِ عُمَرَ رضي اللَّه عنْهُما عَنِ النَّبِيِّ ﷺ قَالَ: اجْعَلُوا مِنْ صلاتِكُمْ فِي بُيُوتِكُمْ، وَلاَ تَتَّخِذُوهِا قُبُورًا 

متفقٌ عليه.

Dpd Ibni Umar رضي الله عنهما dpd Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:  jadikanlah sebahagian dari solat kamu di rumah kamu dan jangan membuat rumah-rumah kamu spt kuburan. 

MutTafawunAlaih.

وعَنْ جابرٍ رضي الله عنه قالَ: قَالَ رسولُ اللَّهِ ﷺ: إِذَا قَضَى أَحَدُكُمْ صلاتَهُ في مسْجِدِهِ، فَلَيجْعَلْ لِبَيْتهِ نَصِيبًا مِنْ صَلاتِهِ، فَإنَّ اللَّه جَاعِلٌ في بيْتِهِ مِنْ صلاتِهِ خَيْرًا 

رواه مسلم

Dpd Jabir رضي الله عنه berkata: telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم : jika sesaorang dari kamu telah menunaikan solat fardhu di masjid maka jadikanlah utk rumahnya bahagian dari solatnya. Sesungguhnya Allah telah menjadikan di rumahnya kebaikan dari solatnya. 

Riwayat Muslim

وَعنْ عُمَر بْنِ عطاءٍ أَنَّ نَافِعَ بْنَ حُبَيْر أَرْسلَهُ إِلَى السَّائِب ابن أُخْتِ نَمِرٍ يَسْأَلُهُ عَنْ شَيْءٍ رَآهُ مِنْهُ مُعَاوِيةُ في الصَّلاةِ فَقَالَ: نَعمْ صَلَّيْتُ مَعَهُ الجُمُعَةَ في المقصُورَةِ، فَلَمَّا سَلَّمَ الإِمامُ، قُمتُ في مقَامِي فَصلَّيْتُ، فَلَما دَخل أَرْسلَ إِليَّ فَقَالَ: لاَ تَعُدْ لِمَا فعَلتَ: إِذَا صلَّيْتَ الجُمُعةَ، فَلا تَصِلْها بصلاةٍ حَتى تَتَكَلَّمَ أَوْ تخْرُجَ، فَإنَّ رسولَ اللَّهِ ﷺ أَمرَنا بِذلكَ، أَنْ لاَ نُوصِلَ صَلاَةً بصلاةٍ حتَّى نَتَكَلَّمَ أَوْ نَخْرُجَ. 

رواه مسلم.

Dpd Umar bin Ataa' bahawa Nafi' bin Hubair mengutusnya bertemu AsSaaib anak lelaki kpd saudara perempuan Namir bertanya tentang sesuatu yg dia pernah lihatnya daripadanya Muawiyah tentang solat, lantas ia berkata; ya ada, iaitu aku telah solat Juma'at bersamanya di المقصورة . Apabila imam salam lantas aku berdiri di tempat aku itu dan aku solat di situ. Apabila beliau masuk, beliau telah mengutus kpd ku lantas berkata: jangan ulangi apa yg telah engkau lakukan itu. Jika engkau telah selesai solat Juma'at jangan engku sambung dgn solat yg lain melainkan setelah engkau berkata-kata atau engkau keluar. Sesungguhnya Rasulallah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم telah menyuruh kami berbuat demikian, iaitu jangan kami menyambung satu solat dgn solat yg lain melainkan setelah kami bercakap-cakap atau keluar.

Hadith riwayat Imam Muslim

No comments:

Post a Comment