Search This Blog

Artikel Pilihan

Jadual Waktu Sistem Badan Manusia!

Waktu Pagi 3:00 am – 5:00 am Paru-paru – Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozo...

Bacaan Yaasiin Tiga Kali Pada Malam Nisfu Sya'ban

Wednesday, March 24, 2021

Tidak mengapa umat Islam mengamalkan membaca Yaasiin tiga kali setelah solat Maghrib pada malam Nisfu Sya'ban secara berjamaah dgn suara yg ditinggikan, kerana amalan seperti ini termasuk menghidupkan malam Nisfu Sya'ban, dan juga termasuk dlm perkara berzikir yg diperintahkan oleh syarak secara umum.


Mengkhususkan sebahagian tempat atau masa utk dilakukan sebahagian amalan saleh, juga berterusan melakukannya setiap tahun merupakan perkara yg tidak bertentangan dgn syarak, selagi mana ianya tidak diktikadkan sbg amalan wajib serta berdosa jika meninggalkannya. Daripada 'Abdullah bin' Umar beliau berkata:


كان النبي صلى الله عليه وسلم يأتي مسجد قباء كل سبت ماشيًا وراكبًا


"Adalah Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sentiasa datang ke Masjid Quba' pada setiap hari Sabtu, sama ada baginda datang secara berjalan atau berkenderaan".


Imam Ibn Hajar mengatakan bahawa berdasarkan hadith ini, harus seseorang itu mengkhususkan sebahagian hari, dgn melakukan sebahagian amalan saleh, serta berterusan melakukannya.


Oleh yg demikian, amalan turun temurun yg dilakukan oleh masyarakat Melayu Islam dgn membaca Yaasiin tiga kali pada malam Nisfu Sya'ban secara berjamaah di masjid, adalah amalan yg tidak bertentangan dgn syarak serta bukanlah perbuatan bid'ah dalalah, juga tidak makruh melakukannya, asalkan tidak mengiktikadkannnya sebagai amalan wajib. Lagi pun, Imam Ibn Rajab al-Hanbali mengatakan bahawa sebahagian ulama ahli Syam mengatakan digalakkan umat Islam menghidupkan malam Nisfu Sya'ban di masjid.


Justeru, hidupkanlah malam Nisfu Sya'ban sebagai mana biasa yg dilakukan oleh masyarakat Islam Melayu di Nusantara dgn membaca Yaasiin tiga kali secara berjamaah setelah solat Maghrib di masjid. Semoga kita dapat menghidupkan mlm tersebut dgn penuh keikhlasan dan mengharapkan keredhaan Allah سبحانه وتعالى.


Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment