Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

SYAWAL BULAN YG BAIK UNTUK BERNIKAH??

Friday, July 3, 2020

Bulan Syawal merupakan bulan kesepuluh di dalam Taqwim Hijriyah yang penuh keutamaan dan keistimewaan.

Secara harfiah, Syawal berarti peningkatan. Hal ini demikian kerana segala amal ibadah mahupun latihan yang dijalani selama sebulan penuh ketika Ramadhan, hendaknya dapat dilipatgandakan kualiti dan kuantitinya pada bulan ini.

Para Alim juga menganjurkan untuk pernikahan di adakan di dalam Bulan Syawal seperti terdapat di dalam Hadis Rasulullah Saw...

Bahkan Rasulullah Saw bernikah dgn Ummul Mukminin Hazrat Saidatina Ummu Salamah radiallahu 'anha pada Bulan Syawal Tahun ke-4 Hijrah dan di dalam Kitab Sirah Rahikh Makhtum di Nukilkan Rasulullah Saw bernikah dgn Ummul Mukminin Hazrat Saidatina 'Aisyah radiallahu 'anha pada Bulan Syawal Tahun ke-11 KENABIAN..

Mengenai perihal mula membina Rumahtangga di dalam Bulan syawal boleh kita lihat di dalam Kitab Talqih Fuhum Ahl Atsar Imam Ibnu Jauzy juga di dalam Kitab Sahih Bukhari Jilid 1 halaman 51 di nyatakan Perlu di ketahui Bahawa Walaupun Rasulullah Saw bernikah pada Bulan Syawal tahun ke-11 KENABIAN namun Rasulullah Saw mula membina Rumahtangganya bersama Ummul Mukminin Hazrat Saidatina 'Aisyah radiallahu 'anha pada Bulan Syawal Tahun Pertama Hijrah di Madinah..

Maksudnya Bernikah Bulan Syawal.. Bermula Membina Rumahtangga Bersama juga berlaku pada Syawal.. Subhanallah..

عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ تَزَوَّجَنِي رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فِي شَوَّالٍ وَبَنَى بِي فِي شَوَّالٍ

فَأَىُّ نِسَاءِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم كَانَ أَحْظَى عِنْدَهُ مِنِّي .

Daripada Ummul Mukminin Hazrat Saidatina 'Aisyah radiallahu 'anha, beliau berkata: Rasulullah Saw menikahi ku pada bulan Syawal, dan mula tinggal bersama ku pada bulan Syawal.

Siapakah di antara isteri-isteri Rasulullah Saw yang lebih Baginda Saw cintai berbanding aku?

قَالَ وَكَانَتْ عَائِشَةُ تَسْتَحِبُّ أَنْ تُدْخِلَ نِسَاءَهَا فِي شَوَّالٍ

Hazrat Urwah rah. berkata: Ummul Mukminin Hazrat Saidatina 'Aisyah suka untuk wanita-wanita menikah pada bulan *Syawal* .

Hadis Sahih Muslim
Kitab an-Nikah
hadis no- 3312

Hazrat Imam an-Nawawi rah. menyatakan dalam Syarah Sahih Muslim:

فِيهِ اسْتِحْبَابُ التَّزْوِيجِ وَالتَّزَوُّجِ وَالدُّخُولِ فِي شَوَّالٍ ، وَقَدْ نَصَّ أَصْحَابُنَا عَلَى اسْتِحْبَابِهِ ، وَاسْتَدَلُّوا بِهَذَا الْحَدِيثِ

Pada riwayat ini terdapat galakan untuk melakukan pernikahan dan mula bersama dalam bulan Syawal. Ulama-ulama mazhab kami (mazhab Syafie) menyatakan tentang galakan hal tersebut dan mereka berhujah dengan riwayat ini.

وَقَصَدَتْ عَائِشَةُ بِهَذَا الْكَلَامِ رَدَّ مَا كَانَتِ الْجَاهِلِيَّةُ عَلَيْهِ ، وَمَا يَتَخَيَّلُهُ بَعْضُ الْعَوَامِّ الْيَوْمَ مِنْ كَرَاهَةِ التَّزَوُّجِ وَالتَّزْوِيجِ وَالدُّخُولِ فِي شَوَّالٍ

Hazrat Ummul Mukminin Hazrat Saidatina 'Aisyah radiallahu 'anha menyatakan hal ini untuk menolak amalan jahiliyyah, yang mana sebahgian masyarakat mempercayai kepercayaan tahyul bahawa tidak digalakkan pernikahan dan bersamanya suami isteri dalam bulan Syawal.

وَهَذَا بَاطِلٌ لَا أَصْلَ لَهُ ، وَهُوَ مِنْ آثَارِ الْجَاهِلِيَّةِ ، كَانُوا يَتَطَيَّرُونَ بِذَلِكَ لِمَا فِي اسْمِ شَوَّالٍ مِنَ الْإِشَالَةِ وَالرَّفْعِ .
Ini merupakan perkara bathil dan tiada asalnya. Ini merupakan saki-baki jahiliyyah. Mereka mempercayai kesialan yang ada pada nama bulan Syawal.

Guru kami Hazrat Buya Yahya Hafizahullah juga menyebutkan Tiada Larangan untuk suami isteri bersama di dalam bulan syawal bahkan Beliau mengatakan perlu di ketahui bahawa syawal ialah bulan seronok dan gembira..Tidak ada salahnya dan tiada larangan untuk bersama isteri di bulan syawal..

Hazrat Imam Ibn Kathir rah. menyebutkan dalam Al-Bidayah wa An-Nihayah:

وَفِي دُخُولِهِ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ بِهَا فِي شَوَّالٍ ، رَدٌّ لِمَا يَتَوَهَّمُهُ بَعْضُ النَّاسِ مِنْ كَرَاهِيَةِ الدُّخُولِ بَيْنَ الْعِيدَيْنِ خَشْيَةَ الْمُفَارَقَةِ بَيْنَ الزَّوْجَيْنِ ، وَهَذَا لَيْسَ بِشَيْءٍ

Tindakan Rasulullah Saw mula bersama dengan 'Aisyah dalam bulan Syawal merupakan penolakan kepada sangkaan sebahagian manusia bahawa tidak digalakkan untuk bersama dengan pasangan pada antara dua hari raya kerana ditakuti akan berlaku penceraian. Sesungguhnya hal ini tidak benar.

Kalau di lihat dgn apa yg berlaku dalam masyarakat kita pula, di sebahagian tempat di nusantara ini,bulan yang dianggap Malang atau sial oleh sesetengah masyarakat bukanlah bulan Syawal tetapi bulan Safar.. Allahuakbar..

Oleh sebab itu, Para Agamawan, ilmuan dan pendakwah hendaklah berani melawan arus dengan cara menunjukkan bahawa kita tidak takut kepada kesialan bulan Safar dengan melakukan pernikahan dalam bulan tersebut.

Sebenarnya Adalah sangat Aib dan Malang jika ada mana² Ustaz atau pendakwah atau mana² org Masjid menangguhkan pernikahan yang dirancang di bulan Safar hanya kerana kepercayaan khurafat masyarakat. Allahuakbar..

Contohilah Rasulullah Saw yg menentang kepercayaan jahiliyyah masyarakat ketika itu , contohilah Hazrat Ummul Mukminin Saidatina 'Aisyah R. A yang berbangga kerana pernikahannya menjadi pedang melibas kepercayaan karut...

Bagi yg merancang pernikahan tahun ini, Bulan Syawal yg masih berbaki ini ambil lah peluang ini untuk bernikah.. Ambil Barakah persamaan Bulan pernikahan dgn Rasulullah Saw dgn Ummul Mukminin Hazrat Saidatina 'Aisyah radiallahu 'anha dan Ummul Mukminin Hazrat Saidatina Ummu Salamah radiallahu 'anha..

Tahniah buat mereka yg bernikah di dalam Bulan Syawal yg mulia ini.. Lebih² lagi di musim pkp ini yg sudah pastinya insyAllah akan menjadi kenangan indah di dalam hidup ini..

Kami Doakan buat semua Pasangan yg bernikah dgn Doa yg di ajar oleh Rasulullah Saw..

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَفَّأَ الْإِنْسَانَ إِذَا تَزَوَّجَ قَالَ بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي الْخَيْرِ

Dari Abu Hurairah RA bahawa jika Rasulullah Saw mendoakan orang yang baru menikah baginda membaca:

"BARAKALLAHU LAKA WA BARAKA 'ALAIKA WA JAMA'A BAINAKUMA FIL KHAIR"

(semoga Allah Swt memberi Barakah kepadamu dan keberkatan atas pernikahan kamu, dan mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan)."

Hadis Riwayat Sunan Tirmizi No: 1011

Semoga Allah menerima kita semua dan menerima semua Umat ini menjadi insan yg mencontohi Rasulullah Saw dalam apapun keadaan menjadi asbab Hidayat dan menafaat kebaikan untuk seluruh.. Amin..

Us khann Daie
Muhajir Madani

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1487909991379890&id=301535076684060

No comments:

Post a Comment