Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Melengahkan Solat

Friday, June 19, 2020

Diambil dalam kitab Al Fadail Amal.....

Tidak patut seseorang yang beragama islam sengaja melengah lengahkan solat hingga ke akhir waktu dengan alasan tempohnya panjang.

Ini kerana perbuatan tersebut mungkin menyebabkan waktunya terluput malah sikap cuai ini mungkin menyebabkan solat terus tertinggal.

Sebenarnya semua solat... afdal disegerakan pada awal waktunya. Ketika ditanya tentang amalan yang afdal Nabi saw bersabda:

Yang bermaksud “Menunaikan solat pada awal waktunya.”

Ancaman Orang Yang Melengahkan Solat

Allah swt berfirman dalam Surah Maryam Ayat 59 yang bermaksud "Kemudian mereka digantikan oleh keturunan keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu dengan melakukan maksiat maka mereka akan menghadapi azab dalam neraka." (Surah Maryam : Ayat 59)

Abdullah bin Abbas ra berkata.. maksud mensia-siakan solat bukanlah meninggalkan solat sama sekali tetapi melewatkan dari waktunya. Umpamanya mereka melaksanakan Solat Zuhur dalam waktu Asar.. Solat Asar di dalam waktu Maghrib.. Solat Isyak ditanguhkan sehingga masuk waktu Subuh serta Solat Subuh dilaksanakan selepas matahari terbit. Sesiapa yang mati dalam keadaan ini tanpa bertaubat dia akan dihumbankan ke dalam sebuah lembah yang bernama ‘Al-Ghai’a di dalam neraka dan diberikan makanan yang amat jijik.

Dalam hadis yang lain Rasulullah saw bersabda :

"Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan (Uzur Menurut Syarak) maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)

Nah... lihatlah ancaman-ancaman yang telah diberi oleh Allah swt dan RasulNya saw tentang azab dan siksaan yang menanti mereka yang suka melengah lengahkan dan melewat lewatkan solat dengan sengaja.

Ditegaskan di sini bahawa jika sudah masuk waktu solat dan kita masih lagi tidak menunaikan solat dan melengah lengahkannya walaupun sekejap tanpa ada sebab yang dibenarkan.. ianya juga dikira termasuk di dalam golongan mereka yang melewat lewatkan solat.

Oleh itu sedarlah... Terutamanya pada mereka mereka yang mengaku dirinya sebagai pejuang pejuang dan pembela-pembela Islam.. hendaklah kita menjaga solat kita dengan sebaik-baiknya.

Hendaklah solat di awal waktu dan janganlah melengah lengahkannya dengan sengaja kerana solat di awal waktu itu lebih afdal dan sangat sangat dituntut dan mendapat keredhaan daripa Allah swt.

Firman Allah swt di dalam Surah Al-Mukminun yang bermaksud :

“Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya dan orang yang memelihara solatnya.. mereka itulah orang yang berhak mewarisi Syurga Firdaus.. mereka kekal di dalamnya.” (Surah al-Mukminun, ayat 8-11)

Pada suatu hari Rasulullah saw ditanya oleh seorang sahabat: Amalan apakah yang lebih utama?

Baginda saw menjawab: Solat tepat pada waktunya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah saw lagi yang bermaksud:

“Barang siapa bersolat tepat pada waktunya dan melengkapkan rukuknya.. sujudnya dan khusyuk.. maka solat itupun naik ke atas dalam keadaan putih dan cemerlang.
Solat itu berkata: Semoga Allah swt menjaga dirimu sebagaimana engkau menjaga aku (menyempurnakan rukun solat itu).

Tetapi barang siapa yang bersolat tidak dalam waktunya yang ditentukan dan tidak pula menyempurnakan wuduknya serta tidak pula melengkapkan rukuk.. sujudnya dan tanpa khusyuk sama sekali maka solat itupun naiklah ke atas dalam keadaan hitam kelam sambil berkata: Semoga Allah swt mensia siakan dirimu sebagaimana engkau mensia siakan aku.

Selanjutnya setelah solat itu berada di suatu tempat seperti dikehendaki Allah swt.. iapun lalu dilipatkan sebagaimana dilipatnya baju yang koyak rabak kemudian dipukulkanlah kepada mukanya.”
(Hadis riwayat Thabrani dan Baihaqi)

Lihatlah antara kelebihan-kelebihan dan ganjaran-ganjaran yang menanti mereka yang menjaga dan memelihara solatnya di awal waktu.

Maka terpulanglah pada diri kita sendiri. Jika kebahagiaan dan keredhaan Allah yang kita cari.. maka jagalah solat kita sebaik baiknya dengan bersolat di awal waktu.

Jika tidak... bersiap sedialah untuk menghadapi pembalasan azab dan siksaan daripada Allah swt di akhirat nanti.

No comments:

Post a Comment