Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Kenapa murid diam

Friday, May 8, 2020

#kenapa.. #Anak.. #Murid.. #Diam..⁉️

Hazrat Sheikh Abu Yusuf rah. Merupakan Ulama' yg sgt besar yg mempunyai sekian ramai Anak murid...
Beliau juga merupakan murid kepada Hazrat Imam Abu Hanifah rah. dan beliau merupakan Guru kepada Imam Ahmad Bin Hanbal rah, Imam Syaibani rah. juga Sekalian ramai lagi muridnya menjadi Ulama' Besar... MasyAllah..

Beliau ada seorang anak murid yg pendiam yg sering duduk berdekatan dgn Beliau.. Anak murid itu Tak Pernah bertanya apa² Soalan kepada Hazrat Sheikh Abu Yusuf rah.. Hanya mendengar sahaja dalam pengajian..

Satu hari, Sheikh Yusuf rah. Berkata kepada anak muridnya yg pendiam itu.. Bertanya lah apa² soalan, sepanjang pengajian saya, kamu tak pernah pun bertanya...

Anak murid nya itu pun buka mulut bertanya.. Tuan Guru, bilakah waktu berbuka Puasa?
Semua orang tersenyum mendengar soalan nya.. Sebab mudah sangat..
Jawab Tuan Guru, kita boleh mula Berbuka puasa apabila matahari terbenam insyAllah..

Anak murid nya itu bertanya lagi... Tapi Tuan Guru, Bagaimana pula kalau matahari tu tak terbenam-benam⁉️

Sheikh Abu Yusuf jawab.. Memang patutlah kamu selama ini diam.. Kerana Diam Itu memang terbaik untuk kamu..

(📮Petikan Ceramah Al-Marhum Tn Guru Dato Ismail Kamus.. Hadiahkan AL-FATIHAH)

Us khann Daie
Muhajir Madani

No comments:

Post a Comment