Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

JAMI' AL-AZHAR

Thursday, May 7, 2020

BAYAN UNTUK PELAJAR AGAMA
------------------------------------------

Bayan dalam urdu, diterjemahkan oleh Maulana Hasnul Hizam.

Untuk mendapatkan ilmu mesti bersusah payah.

Maulana cerita tentang 3 orang sahabat telah pergi ke mesir untuk belajar agama dengan ulama'2 mesir pada zaman tersebut.

Semakin hari belajar, mereka semakin seronok belajar. Mereka tenggelam dalam kemanisan belajar.

Tetapi dalam masa yang sama juga, bekalan makanan dan duit mereka semakin berkurangan.

Walaupun demikian, mereka masih ingin teruskan pengajian. Tiba saatnya mereka kehabisan bekalan makanan dan duit.

Hari pertama berlapar, mereka tahan
Hari kedua berlapar, mereka masih boleh tahan.
Hari ketiga berlapar, mereka dah tak boleh tahan.

Setelah 3 hari tidak makan, mereka bermesyuarat. Mereka sebenarnya harus untuk meminta sedekah kerana sudah 3 hari tidak makan tetapi mereka malu untuk meminta dengan makhluk kerana ilmu yang mereka pelajari mengajar mereka supaya tidak meminta-minta dengan makhluk.

Mereka semua malu untuk meminta, tapi apakan daya, keadaan telah memaksa mereka dan dibuat cabutan undi untuk pergi meminta makanan dengan orang awam.

Maka seorang daripada mereka dipilih untuk pergi meminta sedekah. Tapi pemuda ini tetap malu untuk meminta dengan makhluk. Dia telah menunaikan solat hajat dan berdoa kepada Allah.

Pada malam itu, raja di kawasan itu telah bermimpi. Raja terdengar satu suara yang berbunyi " pergilah memberi makanan kpd 3 orang pelajar agama yang sedang dlm kelaparan". Raja itu tersedar dan melihat tidak ada orang sekelilingnya. Raja itu tidur semula dan mimpi yg sama dialami. Dan Raja itu lagi sekali tidur semula dan mimpi kali ketiga, perutnya telah ditusuk oleh lembing dan suara itu memberi arahan supaya memberi makanan 3 orang pelajar tersebut. Raja tersedar telah kumpul menteri2nya dan menyuruh menteri2nya cari 3 orang pelajar ini utk mmberi makanan dan Raja tersebut akan menyusul kemudian.

Setelah itu, menteri telah berjumpa dengan 3 org pelajar tersebut. Pelajar tadi telah bertanya kpd menteri daripada manakah makanan ini? Maka menteri menceritakn mimpi yg telah berlaku pada raja.

Pelajar tersebut bertanya, dimanakah raja?
Menteri menjawab; Raja akan menyusul selepas ini.

Maka 3 org pelajar tersebut telah bermesyuarat. salah seorang drp mereka berkata, "kita mesti akan menjadi masyhur selepas ini, jika kita masyhur, kita akan hilang fokus untuk belajar. maka mereka telah buat keputusan untuk tinggalkan negeri mesir dan mencari tempat pengajian yang baru.

Raja telah sampai pada tempat pengajian 3 orang pemuda tadi dengan barang-barang keperluan harian yang diusung oleh 30 ekor baghal (spt keldai). Baginda bertanya di manakah 3 orang pemuda tersebut. Maka telah berkata orang ramai bahawa 3 orang pelajar tersebut telah pergi meninggalkan mesir.

Raja telah berniat untuk wakafkan harta2 tersebut untuk agama dan tidak akan dibawa balik barang2 tersebut.

Di tempat pelajar2 itulah telah terdirinya satu tempat pengajian yang telah melahirkan ribuan para ulama yang dikenali sebagai "JAMI' AL-AZHAR"

-PENGORBANAN DALAM MENUNTUT ILMU-
Tiba2 mataku macam ada kaca..

No comments:

Post a Comment