Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Pesan Hazrat Maulana Wan Abu Laibah DB

Monday, April 6, 2020

Ulama ialah pewaris Nabi Saw.. Para Ulama, para ustaz2 ini selalu menjadi rujukan Umat.. Antara sifat yg akan membinasakn ustaz sesama ustaz ialah sifat Hasad..sifat Hasad akan merosakkan diri kita..


Jadi Kita sebagai Ustaz kena ada hati yg ikhlas dan terbuka.. Jangan sesekali ada Hasad dlm hati bila tgk kawan sekelas kita lebih berjaya dari kita.. Jangan sesekali ada hasad bila tgk walaupun junior kita yg masa di pondok atau di universiti dulu namun kini lebih di gunakan masyarakat lebih dari kita atau lebih kedepan dari kita..

Itu kemuliaan yg Allah beri pada mereka.. Allah guna mereka untuk Agama..

Sepatutnya kita menyokong mereka lebih2 lagi mereka ialah ustaz yg sama2 buat usaha Dakwah dgn kita..

Ustaz yg ada sifat hasad sesekali dia tak kan dpt dekat dgn Allah juga tak kan dpt dekat dgn Rasulullah Saw.. Cuba buka hati kita dan terima dgn rasa masyAllah sahabat sy tu,  Allah nk muliakan dia.. Hebat dia tu..

Bukannya kerana Hasad maka kita cerita aib dan keburukannya masa zaman belajar...

Tanggungjawab Ulama dan Ustaz2 ni besar..nak bimbing Umat..Bagaimana maksud Rasulullah Saw di hantar untuk 3 perkara iaitu Dakwah, Taklim dan Tazkiyyah begitulah tanggungjawab Ulama dan ustaz2..

setiap ustaz ada kelebihan dan kebolehan tersendiri..Seharusnya sama2 kita bantu membantu.. Sama2 Lengkap melengkapi dan bukan hasad dengki mendengki..

Umat pada hari ni banyak salah faham..bahkan mereka tidak boleh beza antara Dakwah dan Taklim.. Mereka anggap Dakwah dan Taklim ni sama je... Sedangkan 2 pekara yg berbeza..

Dakwah.. Mengajak manusia pada Allah..Dakwah ni turun ke medan bertemu manusia..

Dakwah ni seperti Hujan.. Hujan pergi ke semua tempat bahkan di tempat yg tak perlukan hujan pun hujan turun.. Di sungai, Tasik dan laut yg banyak air dah pun tp tetap juga hujan sampai..ilmu seperti air..

Hujan itu seprti Dakwah.. Sifat Dakwah perlu "mendatangi"..Ulama pun kena turun padang... dan sifat Dakwah juga ialah tidak di bayar.. Allah cerita dlm Quran tntg org dulu2 buat Dakwah tak di bayar bahkan korban kan diri dan hantar mereka pula untuk Dakwah kan Agama ini..

Bukan sahaja mereka yg buat dakwah tak di bayar bahkan yg khidmat sekeruti jaga jemaah dakwah pun tak di bayar.. Yg khidmat taam masak untuk jemaah pun tak di bayar... Ini Dakwah.. Berbeza dgn Taklim..

Taklim.. Ini di golongkan dalam pembelajaran atau mengajar.. Dia berbeza dgn Dakwah.. Kalau dakwah itu sprti Hujan... Taklim pula seperti Telaga dan Perigi..

Siapa yg nak Air.. Kena dtg ke perigi.. Siapa nak ilmu kena datang kepada Ulama dan ustaz2... Taklim ini perlu "Di Datangi"..dan untuk Taklim ini di benarkan untuk Bayar..

Bukan sahaja org mengajar ilmu di msjid2 dan di madrasah2 saja di bayar Bahkan khidmat sekuriti madrasah atau sekolah juga Di bayar..

Khidmat Taam masak untuk sekolah atau madrasah juga di Bayar..kita bayar bukan Ilmu dia Tapi kita bayar masa dan keperluan minyak juga susah payah dia dtg yg untuk ajar ilmu pada kita..

Ilmu Allah ini percuma..Jadi kena jelaskan pd Umat tntg salah faham ini.. Kadang2 ada yg cakap "apalah Tuan Guru tu.. Mengajar kitab bukhari di masjid tapi orang bayar dia ambil..

Sedangkan Sahabat2 dulu Dakwah mana ambil upah"..sebenarnya dia yg tak tahu beza antara Dakwah dan Taklim.. Mengajar tu Taklim.. Bukan nya Dakwah..

Akhir Zaman ini banyak Ujian kata Sheikhul Hadith Sheikh Zulfiqar Ahmad D. B, Umat ini akan selamat bila dia jadi seperti Ashabul Kahfi yg usaha nak selamatkan Iman duduk di dalam Gua...

Umat ini juga akan selamat insyAllah.. Bila dia duduk dalam Gua dan Gua bagi Umat ini ialah 5 perkara, kalau mereka duduk salah satu dari 5 ini maka insyAllah mereka akan selamat insyAllah!! :

1-orang Terus istiqomah bergerak habiskan masa menjalankan Usaha Dakwah mengikut apa yg tunjukan Alim Ulama' iaitu tetap menjalankan usaha Dakwah Maqami mahupun intiqoli..insyAllah akan selamat.

2- orang yg Duduk Terus di Madrasah atau pondok2 pesantren Pengajian Agama belajar Quran Hadis dan kitab2 mukhtabar Alim Ulama dgn Tuan2 Guru hingga akhir hayat...ataupun berkhidnat di madrash.. Insy Org ini akan selamat..

3-orang yg tetap Duduk di bawah bimbingan Guru2 Zikir yg mursyid mendapat tarbiyah untuk tazkiyah nafs..insyAllah akan selamat.

4-orang yg tetap melazimi kuliah2, majlis2 Ilmu dgn Alim ulama yg Haq.. Menadah Kitab dgn Talaqqi tidak kira di mana sahajah dia berusaha agar dapat bersuhbah iaitu berdamping dgn alim Ulama untuk mndapat bimbingan dan nasihat.. Dan istiqomah solat berjemaah di masjid.. InsyAllah org ini akan selamat..

5-orang yg Istiqomah selalu habiskan masa dgn Ibadah di Dua Tanah Suci iaitu Mekah dan di Madinah...ada juga yg sering ulang alik Mekah Madinah dari Tanah air mereka... Mereka juga akan selamat kerana ada hubungan rohaniat dgn amal di Mekah dan Madinah..beruntunglah para mutawif yg menjaga Amal di Mekah Madinah.. Yg tetap terus buat usaha Dakwah dan jaga Solat Berjemaah di Dua Masjid suci sewaktu di sana..

Semoga Allah beri Taufiq Hidayah pada kita untuk jadi orang yg dekat dgn Allah..Terima Kasih Tn Guru kami.. Semoga nasihat ini mnjadi pedoman buat kami... Amin..

Us khann Daie
Muhajir Madani

No comments:

Post a Comment