Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

DAGING ULAMAK ADALAH BERACUN

Sunday, April 19, 2020

Kalau nak tahu sesuatu tuduhan terhadap satu2 individu itu benar atau tidak, kenalilah individu itu terlebih dahulu melalui akidahnya, ilmunya, ucapannya, akhlaknya, gurunya, sahabatnya dan sudut2 lain...

Yg terbaik, bersemukalah dengan individu itu sendiri, ini baru namanya tabayyun, bukan hanya memetik daripada buah mulut orang lain, boleh jadi mulut itu sering kali memakan daging orang2 Islam dan mengunyah daging para ulamak...

Sesungguhnya mulut jenis ini datang daripada hati2 yg telah menyerap racun daripada darah dan daging ulamak...

Kata jumhur ulamak : "Daging para ulamak itu adalah beracun"...

Seringan2 kebinasaan bagi pengumpat ulamak adalah mati suul-khotimah dalam keadaan hilang imannya sekiranya tidak bertaubat...

Amat2 bahaya, lebih2 lagi jika ulamak yg diumpat dan difitnah itu datang dari keturunan Rasulullah SAW...

BIASANYA PENGUMPAT ULAMAK TIDAK AKAN ADA KETURUNANNYA YG JADI ULAMAK WALAUPUN PENGUMPAT ITU SENDIRI ADALAH AHLI AGAMA DAN ULAMAK...
(KESAN RACUN DARIPADA DARAH DAN DAGING ULAMAK, MEMATIKAN BENIH2 KEIMANAN DARIPADA ZURIAT MANUSIA)
*Boleh jadi tidak akan lahir lagi dari keturunan mereka orang2 yg beriman...
Nauzibillahi min dzalik...

Lebih parah lagi, membunuh ulamak adalah punca kehancuran bagi satu2 keturunan dan ketamadunan manusia...

اللهم اجعلنا من Ù…ُØ­ِبِّÙŠ علماءك

Ya Allah, jadikanlah kami dikalangan para pencinta ulamak2Mu...

Sumber >

No comments:

Post a Comment