Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

BMF

Wednesday, April 29, 2020

CYBERJAYA – Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan mengakui kempen gerakan Buy Muslim First (BMF) bukanlah terlalu sukar tetapi perlu sedikit pengorbanan.

Sumber >

3 comments:

  1. Retorik kempen BMF, Kedai motorsikal.

    ...cerita petang tadi, buatkan aku tersentak dan berfikir kenapa bangsaku/ saudara seagamaku perniagaan motor mereka tak maju mcm bangsa dan agama lain...

    terus terang, aku sebelum ni lebih suka pergi kedai yg nampak banyak barang motor dan besar... mostly bukan kepunyaan bangsaku yg seagama denganku.....sebbnya semua barang ada...dan aku rasa itulah harga " standard" , " dah diskaun" , " harga cun kasi u " , " ...ada lagi mahal, ini paling murah" yg biasa aku tahu...

    sebenarnya, brake motor aku ni dah banyak kedai2 "besar" yang aku survey....semua kata;

    "...ini tarak boleh baiki bang..mau tukar satu set.."

    ataupun jawapan biasa yg aku dapat :

    "....ini mau check dulu....mau tinggal dulu...check dalam RM++..."

    Tapi kali ni, aku nekad nak baiki brake belakang motor aku dekat kedai bangsaku, yg setiap hari aku hanya lalu sahaja. Nampak kecil, barang tak banyak, ramai budak2 muda lepak sambil hisap rokok sambil gelak2 ...

    Mcm biasa ,aku test dulu ; "..bang, boleh tengok dak brake saya...x mau tukar lagi, nak tau harga dulu...nak kira budget..."

    brother tu cakap;

    "motor ni susah nak dapat spare part ni....x pa...sy tengok dulu".

    dia pun bersungguh2 bukak, servis, test,...dia betul2 usaha nak repair ....x macam kedai2 besar sebelum ni....

    masa dia buat tu, adalah part yg patah, sebb lama...dan part tu pon sebelum ni memang kedai2 len x boleh bukak..

    ...aku nampak muka brother tu mcm bersalah. Aku x marahpun, sebb aku tau ni benda lama...

    Aku terus tanya ; "...nak kena tukar ka bang?...berapa harga?".

    Dia cakap ; " ...eh x apa, boleh pakai lagi ni, sat sy buat...."

    dia pun sambung kerja....

    Sambungan >>>

    ReplyDelete
    Replies
    1. >>> Sambungan
      sambil2 dia buat tu, datang dua tiga kawan2 dia mungkin...buat bising....gelak2...lepas tu dengan selamba ;

      "...woi mat, hang tengok sat lampu aku ni...awat tak menyala tak tau...!."

      brother ni pun buat lah kejap motor membe dia...lepas gelak2, member dia pun belah x bayar sikit pun..

      lepas tu kejap ada yg datang pinjam spanar...skru driver...

      ada juga yg terus masuk dalam kedai ambil skru dengan brang2 kecil apa ntah....gelak2 then terus blah....

      Masa moment ni terjadi depan mata aku, baru aku sedar...yg membunuh bangsaku, adalah bangsaku sendiri !

      kita tak jumpa budak2 rempit bangsa Cina atau India lepak2 kat kedai kawan diorang sambil "pau" barang2....

      Sambung cerita tadi,

      ...akhirnya motor aku siap!

      ..aku tanya berapa ringgit , brother tu dengan senyum2 cakap ; "....x payah lah dik...sikit ja..."

      part ni, aku sebak terus.

      itulah bangsa melayu... tolong dan berbudi bahasa telah mengalir dalam darah sejak nenek moyang dahulu..

      aku x sedap hati....sebb aku tengok sendiri bertapa susahnya dia buat..dengan masa yg dia luang nak baiki motor aku....

      sedangkan skru kecik pun aku kena bayar kat kedai "besar" (walapun kadang dia kata free, sebb dah markup kat barang lain), inikan pulak servis yg brother ni bagi.

      ..aku teringat saranan Rasulullah s.a.w supaya bantu membantu sesama muslim, dan juga kempen BMF yg kita sedang perjuangkan...

      ...terus aku bukak dompet, bagi "upah" sekadar yg aku rasa wajar....brother tu serba salah nak terima. Lepas aku paksa, dia terima jugak.

      Aku tak nak jadi pembunuh bangsaku sendiri mcm orang lain. Dengan bangsa sendiri, lembik tengkuk..pantang benda free, semua nak kebas... Tapi bila beli barang kat kedai "besar", tak pula rasa ralat walapun dah kena "kapak" harga.

      ...fikir2kan sendiri... orang yg bukak kedai kena bayar sewa kedai, bill lektrik, gaji pekerja....

      Jangan kita ambil kesempatan atas kelembutan dan santunya bangsa sendiri.

      Memanglah kedai bangsa seagama kita tak banyak barang mcm kedai lain. Sebb mereka tak ada support modal dari persatuan2 mcm bangsa lain...mereka buka dengan modal sendiri..

      Kalaupun barang yg nak kita tukar tu x ada kat kedai saudara kita, tanya dia barang apa kena ada. Then beli kat Shoppe...atau beli kat kedai2 besar lain.....then bayar upah pasang kat kedai saudara seagama kita...itupun dah cukup membantu.

      Nasihat aku, cukuplah.

      Jgn tikam bangsa sendiri. Jgn jadi munafik dengan melaung slogan BMF sana sini, tapi kiri kanan zalim bangsa seagama sendiri.

      Kita laksanakan kempen BMF ini niat kerana Allah.

      Persetankan hasutan TOKEY2 KAYA yg mengatakan kempen BMF ini rasist . Bagaimana mungkim kempen ini rasist, sedangkan kita masih membeli barang2 keperluan yg tidak dimiliki muslim, dari non-muslim bangsa lain.

      Sepertimana pasar2 bangsa non-muslim lain dihadiri dikalangan mereka sahaja, begitu juga kita support penjaja di pasar malam milik muslim.

      AIMAN BIKERS GARAGE
      (gambar sekadar hiasan)

      Delete
  2. ```“Kita menyokong BMF. Namun begitu kita dapati agak susah untuk membezakan siapakah BMF sebenar” lantunan suara Tuan Syeikh Zakaria Othman ,CEO Lembaga Zakat Negeri Kedah.

    “Teh Cap Masjid, Ayam Berkat, Pau Ahmad kalau dari segi namanya mana mungkin kita bezakan mereka. Pasti kita ingat ianya produk Muslim. Lagipun mereka diberikan Sijil Halal” tambah beliau.

    “Maka kita dari Lembaga Zakat Kedah telah mengorak langkah mengiktiraf Pembayar Zakat di Negeri Kedah sebagai Muzakki. Mereka akan diberikan logo Muzakki dan seterusnya boleh dipamirkan di packaging. Selain dari Sijil Halal dan Mesti” kata beliau

    “Mempunyai Sijil Halal bermaksud makanan itu halal. Mempunyai Sijil Muzakki bermaksud pendapatan syarikat telah dibersihkan melalui berzakat. Dan untuk makluman tiada zakat yang akan diterima dari bukan Islam. Makanya tiada Sijil Muzakki kepada mereka”

    Dalam hati saya berkata “bijaknya Tuan CEO Zakat Kedah. Sanggup berfikir lebih demi untuk kemajuan perniagaan umat Islam”

    “Syss... dah ada orang bukan Islam minta LZNK kirakan zakat untuk mereka. Mereka nak bayar zakat. Saya kata tak boleh. Zakat hanya untuk orang Islam” tambah Tuan Syeikh Zakaria Othman.

    Agaknya mereka pun nak logo Muzakki kot. 😬

    Terima kasih Tuan CEO Zakat Kedah dan semua pengurusan Lembaga Zakat Kedah.

    Selepas ini jika tuan puan melihat logo Halal dan logo Muzakki.

    Sudah pasti syarikat itu dimiliki oleh orang Islam.

    Sepintas lalu zakat yang dikeluarkan oleh Ayam Bismi adalah seperti berikut :

    Tahun 2018 - RM140,000.00
    Tahun 2019 - RM200,000.00

    Terbaik dan hebat:

    Sheikh Zakaria Othman
    Ustaz Faisal Mustaffa
    Ustaz Suraidi

    Siapa nak dapat Sijil Muzakki
    Bayarlah zakat. Pasti berkat.```

    ReplyDelete