Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Allahu - Ayahnda Mafia Mat Zin Korea

Tuesday, September 9, 2014

Asalam Bhai...baru berkesempatan belek belek Facebook, hari ini ada bersembang dengan seorang sahabat lama...cerita punya cerita terkeluar cerita "Ayah Boss". Dia cakap ko turun laa lama dah ko tak jumpa Ayah Boss...aku jawab, takda masa laa bro...aku kena siapkan segala ehwal Kepak Nyamuk kerana Nisab 40 Hari aku dah hampir ni, apa apa pun karkun kena sempurnakan semua kerja dunia sebelum keluar...kalau tak Fitnah datang nanti..."tinggal bini dalam pantang lah....tinggal anak isteri tanpa duit lah...tinggal keluarga tak kisah makan minum lah....keluar Tabligh hutang tak bayar lah..." macam macam fitnah datang TETAPI yang tukang bercakap dan tukang canang tuu Masjid pun tak datang bila azan...keluar Tabligh jauh sekali...!!! Dunia bro...tak payah layan..!!! Haha

Balik pada cerita Ayahboss ni, semasa aku remaja lagi aku telah dengar cerita akan kehebatan seorang Karkun Kelantan, cerita karkun karku lama "kalau ada Masjid yang tak boleh masuk hantar jer jemaah Mat Zin Korea pasti boleh masuk punya"

Ini lah dia hebatnya Ayahnda Haji Mat Zin Korea atau dikenali di seluruh Asia sebagai Mat Zin Korea.

Semasa aku balik dari Tasykil di Mewat aku dan semua orang di Nizamuddin didalam keadaan berbungkus terutama nya mereka mereka dari Asian maklum lah sejuk...memang masa tu musim Sejuk.

Sedang aku borak borak dengan sahabat dari Joeburg aku nampak seorang lelaki tua yang tinggi lampai sedang menuju kearah aku...terus aku bangun dan menjerit "Ayah Zin...Ayah Zin..Ayah Zin..!!! Subhanallah...!!!

Sampai jer kat tempat aku dia terus peluk dan aku mencium tangannya...aku tanya dia...Ayah Zin baru sampai ker...dia jawab "tak..baru balik dari Tasykil 4 bulan" Subhanallah...dan dia tanya aku "anak Ali pergi mana lama menghilang"...aku jawab ringkas "Slek"...dia senyum dan cium dahi aku serta menepuk nepuk bahu aku...Allahu

Bhai...kalau korang nak tau Ayahnda Mat Zin Korea dah keluar 4 bulan IPB lebih 15 kali begitu juga dengan negara negara jauh....Allahu.

Sembang punya sembang aku tengok Ayah Zin Korea semacam kesejukan dan aku tanya "Ayah Zin sejuk ker" dan biasa laa burzuk...dia tak kata yer tapi cuma senyum jer...tanpa berlengah aku terus menanggalkan Jubah Winter yang aku pakai dan menghadiakan kepadanya...itu lah salah satu jubah Musim Sejuk yang aku sayang...Takper...hadiah kepada orang yang banyak korban didalam usaha agama...semuga aku juga menjadi seperti Ayah Zin Korea.

Sedikit Karkuzari Mat Zin Korea

Kalau di Malaysia nama yang tidak asing didalam kalangan awalin dan Buzruk buzruk bagi setiap negeri dalam Malaysia, Thailand, Singapore serta negara Asian ialah Mat Zain Korea, beliau dikenali sebagai "Pembuka Masjid" ketika usaha Dakwah Tabligh diperingkat awal awal dahulu.

Pada awal usaha Dakwah Tabligh sememangnya Jemaah Tabligh dianggap asing sehinggakan hampir kesemua Masjid tidak di Malaysia tidak dibenarkan masuk, iktikaf dan buat usaha, sekitar tahun 1970an Mat Zin Korea lah pembuka jalan kepada kebanyakan Masjid masjid yang tidak dibenarkan jemaah masuk akhirnya jemaah dibenarkan masuk dan iktikaf.

Di sekitar tahun 1970an adalah merupakan zaman kegemilangan Mat Zin Korea yang mana ianya dikenali diseluruh Asian beliau sebagai salah seorang Ketua Mafia dan dikenali serta ditakuti dan digeruni oleh gengster gengster Thailand juga Singapore.

Setelah mendapat Hidayat ketika disaat kegemilangannya itu lah beliau telah membawa banyak jemaah jemaah masuk hampir kesemua Masjid masjid yang menghalang Jemaah Tabligh buat usaha, sehinggakan pernah diberitakan pada suatu ketika pada satu kampung jemaah telah tidak dibenarkan masuk dan membuat usaha, tetapi Mat Zin Korea telah memutuskan bahawa jemaah akan beriktikaf walaupun di halang oleh ahli jemaah Masjid, apabila selesai Solat Magrib, Mat Zin Korea telah bangun dan menutup semua pintu pintu dan tingkap tingkap Masjid dan berkata "kamu semua mesti dengar Bayan ini kalau kamu mahu balik dengan tidak cacat dan selamat"....banyak lagi Karkuzari yang agak keras sekiranya nya nak diceritakan.

Setelah Mat Zin Korea mendapat Hidayat beliau lah satu satu nya yang akan menyambut Takaza bila ianya di bentangkan dan sehingga sekarang terus sambut Takaza korban untuk agama Allah setiap tahun samada 40 hari atau 4 bulan atau kadang sudah 40 hari tetapi terus sambung lagi 4 bulan BBNJ

Sehingga hari ini sekiranya Ayah Mat Zin Korea sampai di Nizamuddin beliau akan di sambut oleh Buzruk buzru di Nizamuddin secara istimewa dan beliau akan menunaikan solat fardu dan Tahajudnya di tingkat bawah bersama orang orang Mewat.

Allahuakhbar... Allah berkuasa untuk memilih siapa sahaja untuk di jadikan asbab Hidayat...semuga Ayahnda Haji Mat Zin Korea sentiasa didalam kesihatan yang baik dan sentia dirahmati Allah Azawaja.

Waallahwaalam

Psst : Haji Mat Zin Korea sekarang sedang membina Madrasah nya sendiri di Kelantan, dan dia kadang kadang ada telefon aku bertanyakan khabar dan disini aku nak maklumkan kalau tuan tuan rasa nak infaqkan serta hulurkan bantuan wang ringgit atau apa sahaja kepada Madrasah beliau, tuan tuan boleh lah pm aku...Madrasah Haji Mat Zin Korea memerlukan sedikit sumbangan untuk menyiapkan pembinaan nya...semuga Allah memberi kita peluang untuk mendapat saham Akhirat...amin

No comments:

Post a Comment