Search This Blog

Artikel Pilihan

Jadual Waktu Sistem Badan Manusia!

Waktu Pagi 3:00 am – 5:00 am Paru-paru – Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozo...

Mengatakan "Orang ramai (sekarang ini) sudah rosak"

Thursday, June 5, 2014

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Jika ada seseorang berkata: "Orang ramai (sekarang ini) sudah rosak", maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka". 
[Hadith riwayat Muslim]

Imam Nawawi rah. ketika menulis hadith ini dalam kitab Riyadhus-Solihin beliau memberikan penjelasan seperti berikut:

"Larangan semacam di atas itu (larangan berkata bahawa orang ramai telah rosak) adalah untuk orang yang mengatakan sedemikian tadi dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini adalah haram".

Petikan daripada 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman ms.7-8

No comments:

Post a Comment