Usamah Mables at Indah Permai, Kota Kinabalu
Yesterday at 2:18pm · Kota Kinabalu ·
WANITA :- AKAL SENIPIS RAMBUTNYA
Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita . Tanpa mereka , fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau ada segalanya . Apa yang tiada dalam syurga ? Namun Adam tetap rindukan Hawa.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok .
Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus , mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus .
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah , kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah .
Didiklah mereka dengan panduan darinya . Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta , kerana nantinya mereka semakin liar .
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan , kerana nantinya mereka akan semakin derita .
Kenalkan mereka kepada Allah , zat yang kekal . Di situlah punca kekuatan dunia . Akal senipis rambutnya , tebalkanlah ia dengan ilmu . Hati serapuh kaca , kuatkanlah ia dengan iman . Perasaan selembut sutera , hiasilah ia dengan akhlak . Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya , mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab . Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan . Ia bukan diskriminasi Allah , sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah . Wanita yang lupa hakikat kejadiannya , pasti tidak akan terhibur , dan tidak akan menghiburkan .
Tanpa iman , ilmu dan akhlak mereka tidak akan lurus . Bahkan akan semakin membengkok . Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya . Bila wanita menjadi derhaka , pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara .
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata . Tapi binalah kepimpinan . Pastikan sebelum wanita menuju ilahi , pimpinlah diri kepadaNya . Jinakkan diri kepada Allah . Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu .
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra' , seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment