Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

untuk A.K.U.

Friday, May 9, 2014

Ibnu Batoota
23 hrs ·

~untuk A.K.U.~

Aku adalah seorang manusia yang tiada sijil pengiktirafan dunia tetapi ditawarkan pelbagai kerja...

Aku adalah seorang manusia yang tidak pernah menjadi hamba Bank...

Aku tiada hutang kahwin, tiada hutang belajar, tiada hutang kereta, tiada hutang rumah dan lain-lain hutang...

Aku cuma ada hutang solat dengan Allah tatkala zaman gelapku dahulu...

Aku adalah seorang manusia yang tidak mahu menjadi hamba sistem dan protokol...

Aku adalah seorang manusia yang tidak berminat walau sebesar kuman apa jua jawatan dalam apa jua jabatan walau ditawarkan wang jutaan...

Aku adalah seorang manusia yang tidak mahu apa-apa gelaran kemahsyuran mahupun gambarnya disebarkan tetapi orang ramai yang memberiku gelaran dan kemahsyuran...

Aku adalah seorang yang cuba untuk lari sejauh-jauhnya dari apa jua sistem yang diwujudkan NWO samada dari segi politik, pendidikan, perubatan, kewangan dan lain-lain yang berkaitan...

Aku bebas memilih dan berfikir untuk diri aku dan keluargaku, sistem, protokol dan Dajjal tidak berhak untuk memaksa aku berfikir dengan CARA MEREKA seperti yang dilakukan kebanyakan manusia zaman ini...

Aku tidak mahu menjadi mangsa "pemikiran tetap" yang diwujudkan Dajjal kepada umat manusia sejagat...

Aku tidak berminat menjadi robot yang di-set-kan untuk melakukan itu, ini, itu, ini, itu, ini...

Aku tidak berminat untuk berada di dalam kesesakan lalu lintas tatkala selepas Subuh dan selepas Asar...

Aku juga tidak berminat untuk menjadi Anonymous yang MENGHANCURKAN sistem Dajjal ini dengan MENGGUNAKAN sistem Dajjal itu sendiri....

Tetapi aku berhasrat untuk MENGHANCURKAN sistem perhambaan moden ini dengan MANHAJ NUBUWWAH (sistem kenabian) yang DIJANJIKAN oleh lidah mulia Sayyidul Mursalin Sallallahu Alaihi Wa Aalihi Wasallam....

Mudah-mudahan Allah berkenan memilihku dan seluruh keluarga dan keturunanku sebagai sebahagian daripada mereka yang terpilih, iaitu mereka yang sejak azali tidak terikat dengan sistem selain sistem Allah...

Aku seorang muslim yang BEBAS MERDEKA di sisi syariat dan undang-undang dunia yang fana...

Aku seorang penganggur yang tersibuk di dunia.....

‪#‎Pray4PenganggurTersibukDunia‬

Note: Tidak penting langsung untuk difahami, kerana Allah yang akan pilih siapa yang akan faham tanpa ia baca atau dengar atau cuba untuk memahami, kerana sistem yang tidak dapat dikalahkan Dajjal itu bergerak dengan kuasa yang Maha Besar kepada para pembantu agamaNya. Siapa yang mahu difahamkan dan memahami, maka tanya dulu diri, dimana aku saat jam dua pagi setiap hari? Rahsia hanya untuk teman sejati, bukan untuk orang yang TIDAK DIKENALI. Kenali DIRI maka kamu akan mengenal DIA. Apabila kamu telah dikenali, maka segala rahsia akan dikongsi tanpa kamu fahami. Inilah yang paling digeruni Dajjal. Sistem yang tidak dapat dia kesan kewujudannya walau dengan teknologi canggih sejuta tahun ke hadapan. Tetapi IA ADA.

1 comment:

  1. Malam tadi baru belajar Bab Muamalat Jual Beli.

    Babo بخاري عبدالرحمن kata kita Muzakarah jer ni. Ngam pulak malam tadi pasal bab beli kereta atau rumah dgn syarikat perbankan secara ansuran.

    Syukur sebenarnya hidup xda hutang ni. Issh pedih oiii, cam siat siat badan kalau ada hutang ni.

    4 tahun lepas, selesai jer bayar duit kereta, fuh lega dia lain macam. Syukur juga selama 5 tahun setengah aku takde sangkut bayar bulan bulan.

    Baru ni memang cadang nak ambil kereta baru utk wife, dah contac dgn pakcik Nazron Naz. Keperluan wife nak hantar anak dan mudah utk khidmat Ummi bila Abah keluar dakwah.

    Tapi kami mesyuarat, hold dulu. Alhamdulillah ada khair.

    Mengikut pengalaman hamba yg tak berapa pandai kewangan ni, rancanglah kewangan anda.

    1. Belilah kereta yg sesuai mengikut keperluan, bukan kemampuan.

    2. Rumah, kalau boleh sewa dulu, carilah yg sewa, kalau memang dah rezeki rumah pusaka atau pemberian dari mana mana individu, itu satu anugerah.

    3. Makan dan minum dgn menu sederhana, makan utk mendapat kekuatan beribadat. Makan utk hidup bukan hidup utk makan.

    4. Melancong, rancang percutian anda bersama keluarga. Pastikan kita telah buat list perbelanjaan sebelum memulakan suatu perjalanan.

    5. Menabung, buat tabung utk anak anak dan isteri, ajar mereka menabung. Beli tabung yg tak boleh buka. Galakkan sehari seringgit utk menabung.

    6. Bersedekah, ajar mereka utk bersedekah, selalu saya sebut dlm kelas, saya belajar bersedekah dgn isteri saya. Kalau singgah mana mana Masjid, maka saya akan bekalkan setiap anak duit seringgit seringgit. Kalau buat pembelian di pasar atau gerai tepi jalan, halalkan lebihan baki walaupun beberapa ringgit baki tersebut.

    7. Amalkan Yasin setiap pagi, Solat Dhuha dan Surah Waqiah setiap malam. In sya Allah, Allah angkat kita dari kesempitan hidup. Miskin kita, Kaya kita, kita tetap bahagia.
    Kerana Allah bagi Kaya Hati.

    Itulah serba sedikit perkongsian pengalaman hamba yg baru setahun jagung ni. Moga Allah mudahkan urusan dan murahkan rezeki kita.

    Kepada Allah jua kita bertawakkal, kepada Allah jua kita berserah diri.

    Salam 8 Ramadan dari Maulanaraziz Al-hafiz.

    Guru terbaik adalah pengalaman.

    #ProjekRamadhon
    #AjwaMadinah
    #SejadahRawda
    #AlFatehJuniorGold
    #AlfatehWorrior

    ReplyDelete